ibu, mak, mama, umi, mummy gelaran yang layak diberikan kepada insan yang melahirkan, membesarkan malah mendidik kita tanpa erti jemu, bosan, letih, penat, putus asa.
sejak kita kecil insan ini, tidak penah leka dari mengawasi kita, diwaktu kita hendak tidur, insan ini akan memastikan tiada nyamuk yang akan mengganggu tidur kita, sedang kita asik diulit mimpi, badan ibu yang digigit nyamuk, namun ibu tidak peduli akan dirinya, janji kita tidur dengan lena tanpa diganggu oleh nyamuk..
kerap kali kita mendengar pembohongan yang kerap ibu lakukan demi menjaga kita, antaranya:
pembohongan pertama: "ibu dah kenyang nak, makan lah"
hakikatnya makanan itu tak banyak, disebabkan itu ibu sanggup berbohong demi anak-anak agar mereka cukup makan. hati ibu berkata, makan la secukupnya agar kamu tidak kelaparan ketika tidur dan belajar nanti.biar la ibu berlapar, jika ia mampu memberi kejayaan pada kamu nanti.
pembohongan kedua: "ibu ada duit nak, ambik lah, usah risau"
hakikatnya, ibu berbohong dia ada duit apabila kita minta duit untuk beli buku atau untuk duit belanja persekolahan kita. duit dalam tangan ibu tidak mencukupi, tapi ibu sanggup bebohong agar kita mampu kesekolah dan belajar dgn lancar. hati ibu berkata" ambillah duit nie nak takpa ibu akan usahakan lagi demi anak-anak ibu, walaupun dengan kudrat yang ada, ibu sanggup demi anak-anak ibu"
pembohongan ketiga: "ibu sihat nak, usah risau"
hakikatnya ibu tidak sihat, ibu sanggup bebohong agar kita tidak risau akan keadaan diri dia, malah ibu berbohong untuk mengelakkan fikiran kita terganggu ketika kerja atau belajar.
ibu tahan sakit, agar kita boleh bekerja dgn baik.hati ibu berkata"takpa la nak ibu boleh jaga diri usahla risau, ibu tak mahu menganggu kerja kamu"
pembohongan keempat: "ibu tak mengantuk lagi, tidur la dulu"
hakikatnya, ibu hendak mengawasi kita, agar tiada nyamuk atau serangga yang akan menganggu tidur kita.ibu sanggup bejaga demi memastikan anak-anak nya selesa tidur.
hati ibu berkata:"tidur la dengan lena anak ku, demi kamu, ibu sanggup berjaga"
pembohongan kelima: "ibu selesa tinggal disini, tiada siapa nak jaga ayam itik ibu"
hakikatnya ibu berbohong sebab ibu tak mahu membebani anak-anak nya, ibu tak sanggup lihat anak bersusah payah menyediakan tempat tinggal, makan pakai ibu. ibu lebih selesa tinggal di kampung dimana dia menguruskan segalanya. hati ibu berkata: "ibu tak mahu bebani kamu nak"
pembohongan keenam: "ibu tak letih, tak mengapa ibu teman kan kamu"
hakikatnya ibu sangat letih setelah seharian berkerja, walaupun tidak berkerja di pejabat, tetapi sebagai suri rumah ibu penat melayan kerenah adik-adik kita. kita tak sedar bahawa ibu penat, kita merayu kat ibu teman kan kita belajar, teman kita berborak malah teman kita menonton tv. hati ibu berkata"ibu sanggup teman kamu nak demi pelajaran kamu, demi kemahuan kamu, letih ibu hanya seketika sahaja"
renungkanlah, selama ini kita asik merayu merengek kat ibu kita itu dan ini, sedarkah kita bahawa banyak pembohongan yang dilakukan oleh ibu demi melihat kita senang, gembira, tetapi hati ibu kita tak pernak selami, tak pernah hargai..layakkah kita menjadi anak ibu?
setelah apa yang ibu korbankan demi pelajaran kita, apa yang telah kita balas.???
keputusan yang baik? wang ringgit???? fikirkan lah...
No comments:
Post a Comment