Menyalahkan dan menunding jari ke arah orang lain sememangnya mudah dilakukan..
Tetapi menunding jari pada diri sendiri tidak semua individu mampu melakukannya.
Sememangnya kita mendapat satu kepuasan sekiranya kita berjaya melakukan sesuatu dengan jayanya, tetapi awaslah, kesilapan dan kurang berhati-hati akan menyebabkan kita lupa diri dan alpa dengan keadaan.
Kesannya, diri sendiri akan berada dalam keadan kerugian dan untuk tempoh jangka masa panjang, akan melibatkan tekanan atau stress.
Kita akan rasa terasing dari dunia realiti dan masyarakat.
Kita seharusnya beringat, jika hari ini kita berada diatas, tidak mustahil sekiranya kita akan berada di bawah satu hari nanti.
Oleh itu apabila kita mula hendak menyerang,berhenti dan fikir sejenak perkara yang sama yang bakal terjadi pada diri kita sekiranya kita berhadapan dengan situasi bergitu...renungkan...
No comments:
Post a Comment