Saturday, August 29, 2009

bagaimana??????

bagaimana kita nak nasihat seseorang itu...
supaya berubah..di bulan yang baik ini..
bagaimana kita nak buat seseorang itu..
paham makna di sebalaik ramadhan...

bagaimana kita nak buat dia paham..
respectla orang yang tengah sembahyang..
bagaimana kita nak berjihad dan membetulkan akhlak dia...
kalo pandai berkata2 tetapi tidak melakukan nyer
macam maner pula...

bagaimana aku dan sedia nak berkata pada mereka...
ya ALLAH..tabahkan la hati ini..
bantula kami ya ALLAH...
bukakan la pintu hati mereka untuk beriman kepadamu...
amin....

Friday, August 28, 2009

mencintai tidak bermaksud memiliki

Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya. .
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali..... .

pelajara dari iman al-ghazali

PESANAN

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.



Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah.



Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan
dunia, kita tinggalkan solat



Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Sunday, August 23, 2009

ketam lah pulak

Nie ade satu citer...
Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam..
Pada pagi tu, dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina
yang menjual ketam..

Melayu : Apek! Itu ketam ada jual ka?!..

Cina : Ada! ada!… lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu : Aik! Ketam pun ada melayu dgn cina jgk ka apek?
Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina : Ada maa.. Itu sana dalam bekas ada tutup, ketam cina..
sana dalam bekas talak tutup, ketam melayu la...

Melayu : Apa pasal ketam cina apek kasi tutup,
ketam melayu apek talak kasi tutup?!..

Cina : Itu ketam cina kalau satu ekor keluar ar ketam lain akan tengok,
dan kasi belajar sama itu ketam macamana mau keluar ini bekas..
Nanti lama-lama, semua ketam sudah pandai maa
keluar dari ini bekas. Jadi semua keluar la..

Melayu : Ketam melayu talak itu macam ka apek?..

Cina : Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yg lain kasi tarik itu kaki ma..
talak kasi ia keluar.. Dia mau dia sekor saja keluar,
yg lain biar dalam ini bekas.. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari..
talak mau ajar yg lain macamana mau keluar..

Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina.. Hakikatnya, jika orang cina berniaga,
cina lain tak kacau.. dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya..
Cina yang dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak..
Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja
supaya melayu tu jatuh balik... Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik,
ketam lain tarik kaki dia.. At last sorang pun tak dapat naik..
Lepas tu mulalh bergaduh sesama sendiri.. Rata² orang melayu macam tu.. PHD
(Perasaan hasad dengki) begitu tebal dalam diri mereka..
Itulah hakikat sebenar sekarang ini.. sebab tu melayu tak maju..
Nak maju kenalah ubah nasib kita ini supaya lebih competitive..
Bukan semua nak kena ’spoon feed’.. Mesti tunjuk usaha yang betul..
Otherwise, kita semua akan jadi bahan sejarah..
Bak kata pak Karam Singh Walia.. ‘Ke langit tak cecah ke bumi tak sampai

kelebihan bismillah

kelebihan BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama sin gkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1.
Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2.
'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)
3.
Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4.
Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sa kit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5.
Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6.
Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '
7.
Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
8.
Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
9.
Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10.
Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11.
Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Thursday, August 20, 2009

anak-anak setan

Peringatan untuk kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu
hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar! hasutan mereka.

Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah.


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan


1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih! dan membeli barang-barang yang
tidak perlu.


2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk
terhadap Allah.


3. A'awan

Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan
tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang
berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada
minuman keras).


5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga
lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.


6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,
umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.


7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk
ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami
isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri
hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumah tangga lagi).


8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika
berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.


9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

12 ways to know that you love someone





lima jenis sabar

SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.

Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.

Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'.

Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.

Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)

Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.

Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:


Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.

Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.

Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.

Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.

Thursday, August 13, 2009

missing some one

Where you used to be, there is a hole in the world, which I find myself constantly walking around in the daytime, and falling in at night. I miss you like hell. ~Edna St Vincent Millay


Love is missing someone whenever you're apart, but somehow feeling warm inside because you're close in heart. ~Kay Knudsen


Sometimes, when one person is missing, the whole world seems depopulated. ~Lamartine


All days are nights to see till I see thee,
And nights bright days when dreams do show thee to me.
~William Shakespeare, "Sonnet XLIII"


Can miles truly separate you from friends.... If you want to be with someone you love, aren't you already there? ~Richard Bach

charity...

PD...bukan port dickson but personal development...
subjek niesuruh kami buat sesuatu untuk charity and also seminar..
so kelas kami decide nak buat cahrity...
so my group decide nak jual brg makanan la..

nak dijadikan cerita i pun pegi la cri kerepek sana sini...
maner nak cari kan...
dah time2 puasa nie lazim nyer tuk hari raya jer..
nak beli2 ckit2 peniaga pun tak nak layan...

so last minute change plan...our time decide nak jual jajan jer..
hahaha..tak sangaa jajan yang kami jual sangat laku...
syukur alhamdulillah..
ramai gak pelajar uitm yang suka jajan..
segala pembelian mereka tue merupakan sumbangan kepada anak yatim....
seronok gak buat aktivity cam nie..
pagi2 jer letak bakul kat level5...

thank you to all uitm student,
who support our charity...
to my group u all the best...
is a pleasure working with all of u...
so we need more effort to make more money
for the charity...

....charity started 10hb untill 28hb...

aLaSaN...24jam...

suasah betol la kalo asik ad jer alsan nak buat sesuatu...cikit2 tak tahu...cikit2 tahla...mcm2 la... herm..alasan memg lazim kita gunakan bile kita nak mengelak sesuatu..tapi perlu ker alsan tue kita nak gunakan selalu...cukup2 la kan...jangan berpura2..jangan bagi harapan kat orang...jujurla dgn orang sekeliling nanti org sekelinling akan jujur dengan kamu..... tapi sejauh maner kejujuran tue boleh dilafazkan dengan kata2...sejauh maner alasan tue boleh dipakai... tahla kan...

kekadang tue terdetik kat haty nie..kalo ikutkan dah lama dah malas nak buat itu dan ini
tapi tak sampai lak aty nak buat mcm tue...nanty ita jadi tak tentu...dah biasa buat kerja sampai siap..ble nak bagi alasan tue cam serba salah...tapi yang pelik nyer ad jer orang yg diberi kelebihan tok membuat alasan..hahaha...very talented... tahla kekdg tue perlu kersabaran yang maximum untuk deal dgn orang mcm nie...sumtimes kena ikut rentak permainan dorg...tapi sampai bile kesudahan nie...naik bosan pun ad gak...
bosannyer...bosannyer...menyampah pun ad gak...

aduh..cam giler lak menahan rasa dan sebagainyer...tabahkan aty...ini semua cabaran dalam kehidupan.....



panas...panas..panas...


panas tak haty anda kalo dgr cite yg tak elok...

tentang diri kita...
tapi sebenarnyer tak btol pun...
tokok tambah jer lebih...
isy..sampai bile nak tahan semua nie lagi...

ingatkan semua nyer baik2 belaka...
rupenyer indah kabar dari rupe..
nape nak berjiwa hipokrit...
hebat sangat ker...

hello... no body is perfect la...
kalo nak bincang masalah dgn kita
boleh jer.
kita tka cakap per pun..
tapi masalah kita di jaja...
berape keuntungan yang korang dapat??
keuntungan tue boleh buat bisnes ker?
untung sangat ker....?
melaga2 kan org..
tak baik la mcm tue...

sudah la dah nak masuk bulan puasa nie
nak buat benda tak elok...
kalo tak puasa haty jumpe terus...
jangan nak cakap belakang,....
umur dah 20-an semua..
malah ad yang dah lebih tue...
sedarla...
cukupla tue...
hentikan semua nyer...
kekdg bace post tah hape2 tah...

kekadang tue membuka keaiban orang..
tak baik sesagt...
dah cukup la...
stop it
stop creating hot stuff..
yang melagakan org...

sesama islam pun masih ad perasaan nie..
jika ad kutukan ats diri ini...
aku maafkan segalanyer..
tapi..
berubahla...
takut semua berpalit pada diri nanty..
herm tahla...

Saturday, August 8, 2009

mutiara kata

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

Saturday, August 1, 2009

the reveal



salam...today everthing went so well... people are guessing im the person who get engage.. no la guys....lambat lagi.. the person who get engage is my bro... btw, nice try guys...hahaha.. cam kelakar lak..blum masuk lagi pun umur 21.. dah nak bertunang.,.. maner la mungkin kan.. my time lambat lagi.. myb 5 tahun lagi kot...insya Allah.. tggu me n azhar kumpul duit banyak2.. hav a good job..and staible income... insya Allah....