Wednesday, May 6, 2009
benarkah kata hati?
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Alangkah indah jika Haris masih bersama ku, memegang erat tanganku, sambil membisikkan kata- kata cinta yg cukup romantis dan menyusuk kalbu.. Ah rindu sungguh hati ini pada Haris.. Dulu tahkala siang, aku kerap menghabiskan masa bersamanya di pantai ini, cukup indah kenangan itu. Saat itu kami sering bertukar tukar pendapat malah turut juga berkongsi idea,berangan, membina impian untuk masa depan, segala-galanya yg mampu dibualkan..
“Hannah, jika kita kahwin kelak, agak-agak berapa anak kita ada?’”
“Isy awak ni, kesitu pulak dia”
Ala ape salahnya bak kata orang kita kena berfikir kehadapan bukan kebelakang.. tak ingat ke iklan..’ kita mesti melangkah ke hadapan bukan kebelakang’”
dengan ajukan suara seperti di iklan petronas.. kami sama sama gelak dengan lawak spontan Haris.
“Anna,tak kisah pun rezeki itu kan di tangan Allah, anna terima berapa pun”
“oh kalau macam tu, aris nak satu pasukan bola boleh tak.. agak-agak dalam setahun satu…hahaha boleh tak?”
“Aris, penat la anna macam tu tak mampu la anna nak mengandung setiap tahun… anna tak sanggup”
“Ala anna ni. Aris main main je sayang, Aris tak kisah pun asal kan kita mampu beri anak kita cukup makan dan pakainya, agamanya, pelajarannya.. kira okay la sayang”
“Insya allah Aris, doa doakan la jodoh kita sentiasa ada, anna nak haris jadi suami anna”
“Insya Allah sayang ku,.. Anna, Aris dah terpikir nama anak kita”
“Aris!!! Kita belum kahwin pun dah mula fikir pasal nama anak ke?”
“Ala apa salahnya.. Anna dengar la, sebabkan nama anna mula dengan H dan nama aris mula dengan H juga.. aris nak bagi nama baby girl kita Hananie Hazira, macam mane boleh tak?”
“hemmm, sedap gak.. bila la Aris terfikir nama anak ni? Ok sekarang turn anna pulak, baby boy?? Hakimi Haikal.. okay tak?”
‘pandainya comel Aris ne bagi nama anak, dgn spontan pulak tu, aris terpikir nama anak bila bawak motor pagi tadi”..sambil mencubit pipi ku..
“Aris!!! Kan anna dah pesan jangan la bawa motor tu dengan fikiran merewang.. tak elok la..anna risau la dengan aris ne.. isyyy!!!”
“Ala sayang jangan buat muka macam tu tak comel dah.. Ok aris janji tak wat lagi .. ne mesti takut jadi janda muda la ne..”
“Apala aris ne, kita lagi nak mengelak dia lagi minta.. merajuk la mcm ne..”
“Ok tak wat dah sayang, senyum sikit… kan dah manis mcm doremon”
“Aris!!!”
Ah Haris lelaki yang tak mungkin dapat ku lupakan, jenakanya pengubat sedih, senyumannya pengubat rindu.. ketawanya, melihatkan bertapa bahagianya aku.. Haris kemana kau menghilang.. apa khabar kau di sana?? Mengapa sepi tanpa berita??
Tak ku sedari air mata ku bercucuren.. Haris kenapa kau begitu kuat dalam diri ini.. apakah kuasa cintamu yang engkau berikan.. haris.. aku rindu padamu.. pulang lah aku setia menantimu,sayang…
Tak ingatkah kau pada janji-janji kita dahulu.. Haris… jika kau selam hati ini mungkin kau akan tau betapa hati ini meronta merinduimu, merindui wajahmu, tawamu, senyumanmu.. oh Haris..
“Astaga, dah pukul 6 ptg rupenya.. lambat lagi la aku hari ne.. Muncung la si Tina nanti, itula mengelamun lagi..semua sebab Haris”
lalu ku bangun dan terus bersiap..Nilah rutin harian sebagai minah kilang..Aku bukannya tak berkelulusan tetapi aku nak mencari pengalaman berkerja sebagai minah kilang. Dulu minah kilang la kerja paling glamour. Itu yang aku nak join tu. Bak kata kawan-kawan aku, pengalaman kerja kilang tak boleh dilupakan.Lagi pun kerja kilang ini seronok sangat dapat ramai kawan, telatah macam sekeluarga, yang mengusik pun ramai, menarik sangat. Yang paling bestnya time dapat bonus dan buat overtime…
Hem macam biasa bas akan sampai pukul 6.30ptg, sepatutnya aku pergi rumah tina, ini mesti dia dah tunggu kat bas stop. Minah tu punctual tak boleh lambat sikit,mula la gelabah, risau lambat. Tina…Tina.. tapi dialah kawan yang paling best dan sekepala.
“Woi minah, ko tido ker?, mujurla bas tak sampai lagi kalau tak kena tinggalla ko..”
‘Kuatnya lar suara minahni, macam hali-lintar, guruh pun kalah..’bisik hatiku
“Cik minah tina yang ku sayang,kan memang bas datang 630 boleh la budget-budget kan..”
“ Yela budget ko selalu tak mengena’ karang berlari-lari kejar bas, tak ke malu jer bila kena perli ‘ Anna si penkejar bas’ satu kilang dah tau nama glamour ko 2”
“Ala. Biarlah orang nak kata ape pun, aku ne dulu atlet Negara apa…”
“Tak sah nak berangan la cik Hannah, atlet tak kan semput la kalo berlari… hahaha”
‘Ala itu sebab aku dah lama tak pergi tranning la…”
“Dah la ko ne Hannnah cukup la tu berangannya…”
Sedar tak sedar dah sampai ke tempat aku mencari rezeki. Herm, inilah tempat yang lebih 2 tahun aku membawa diri semenjak Haris tinggalkan aku., kilang makanan. Biarlah orang nak mengata apa pun biarlah mereka bercakap.. Walaupun aku punyai kelulusan yang tinggi aku tak segan sama sekali untuk berkerja di kilang. Malahan disini aku belajar pelbagai-bagai ragam pekerja. Seronok kerja di kilang ini, kawan- kawan ramai sekepala. Ramai juga yang pangkat kakak-kakak kepadaku, kekadang aku menjadi tempat mereka meluahkan perasaan terhadap bebanan dalam keluarga malahan ada juga menceritakan masalah dengan suami masing-masing.Secara tidak langsung,pelbagai perkara aku belajar, dan yang paling penting pelbagai tips rumah tangga aku perolehi.
Di kilang ne, mamat-mamat jangan la cakap ramai. Yang gatal ada. Yang miang, yang tak sedar diri, yang nakal, yang baik semua ada. Masih aku ingat lagi, hari pertama aku berkerja di sini, kawan sekerjaku Sarah, ligat menceritakan siapa yang gatal yang nakal. Penat juga anak menghafal muka dan nama diaorang sebab terlalu ramai. Sarah kerap mengingatkan aku agar menjaga diri sebaik-baik mungkin, jangan keluar sebarangan, jangan cepat menghulurkan persahabatan pada seseorang tanpa usul periksa. Kekadang berdetik di hati ini sayang sungguh Sarah kepadaku, dia seoarang sahabat yang cukup peramah, memahami, dan cukup sayang pada sahabatnya.
Syahril, teman sekerjaku yang pertama menghulurkan salam perkenalan kepadaku. Seperti biasa, Sarah la yang akan mengkaji sama ada Syahril ini okey atau tidak. Bila Sarah dah luluskan baru la aku boleh berkawan dengan Syahril.. Alhamdulillah aku dan Syahril kini boleh dikira berkawan baik. Rupa-rupanya Syahril ini ada perasaan akan Sarah. Patutlah begitu bersungguh-sungguh nak berkawan dengan aku. Rupanya nak menyunting Sarah menjadi kekasih hati..
Penat sungguh menjadi orang tengah ini, Sarah kuat merajuk, Syahril pula tak tahu nak pujuk.Jadi terpaksalah aku yang menjadi pengantara perasaan dorang ini.
“Anna, tolong la cakap kat Sarah aku tak sengaja semalam, bukan aku tak nak ambik dia aku betul-betul terlupa, aku letih sangat semalam sampai terlupa. Tolonglah Anna.”
“isy ko ne, punyalah dia pakai lawa-lawa nak date dengan ko, boleh ko tertido.. Kalau aku lah aku pun bengang. Tak mengkaji betul lah ko ni dengan hati perempuan”
“ala!!! jadi apa patut aku buat nak mengubat kelaraan kekasih hati buah jantung pisang aku tu?”
“ hah, apa kata ko bagi sesuatu yang dia suka.. mesti boleh sejuk la kemarahan dia tu”
“ tapikan…tapikan… aku tak tahu apa yang daia suka la”
“ HAH!!! Ko tak tahu??? ape punye pakwe la ko ne, habis selama nie korang borak apa? Sampai favorite masing-masing pun tak tahu.”
“ala tak sempat nak tanyalah. Ko tanyakan untuk aku boleh tak, ko kan rapat dengan Sarah.. tolong la aku.. Kali ini jer.”
“ herm, yela aku tolonglah, ko ne kalo ambik peksa Hati Perempuan confirm fail.. hahaha”
“yela-yela kutuk la aku sepuas-puasnya asalkan ko bahagia”
“erk emo la pulak, karang tak nak tolong baru ko tau..”
“wei, janganlah, ko tolong aku yea, janji tau sampai dia jadi okey balik.. sekarang ne nak tengok dia senyum pun susah. Kau rindu senyuman dia lah, rindu sangat.”
“yelah aku janji. Ha, nak tengok dia senyum buatlah dia gembira selalu”
“ Insya Allah, aku cuba.. ok lah aku nak sambung kerja.. by the way thank you please make her smile to me”
“Lah pandai speaking rupanya mamat ni” bisik hatiku.
Jadi kerana kesiankan mamat tu, aku pun pg la jumpa Sarah, yg dari jauh memang tengah sibuk membuat kerja. Nama pun pekerja contoh setiap tahun. memang tak dapat dinafikan Sarah sangat rajin dan kuat berjerja. Latar belakang hidup Sarah bukan la dari keluarga yang berada. Sarah hanyalah anak nelayan, ibunya menjual kuih utk menampung hidup keluarga dan anak-anak yg masih kecil. Sarah telah menanam tekad tidak mahu menyusahkan ibunya maka dia bekerja untuk meringankan beban keluarga. pendapatan yang kecil masih mampu membantu ibu dan ayahnya. Aku cukup terharu dengan pengorbanan Sarah.
"Sarah!!" aku menyergah dia....
"oh Mak ko....!!!!!, apa lah ko nie ana cuba bg salam dulu ke?" marah Sarah
"oh erk.....Assalamualaikum WBT.....heheheh"
"waalaikumsalam, hah macam tulah..."
"ah ko nak apa ana?" kata Sarah
"Aku nak sampaikan amanat org beri kat aku, org tue dai dah tak betul sekarang ni!"
"Amanat!!! ape ke benda nyer?"bertanya Sarah
"sharil minta maaf kat ko, dia harap ko dapat maafkan dia, dia tak sengaja semalam"
"eh apasal dia minta ko ckp kat aku lak, awat dia dah tak ada mulut ke nak cakap sendiri?" marah sarah.
"isy..jangan la marah kat aku....mane la aku tahu...aku cuma bagitau je kat ko" "sarah, aku nak tanya besar sangat ke salah mamat tu pada ko, sampai macam ni sekali ko buat pada dia?"
"ko tak paham ana" kata Sarah dengan nada marahnya.
"kalau macam tue tak pela, kamu berdua selesaikan lah sendiri, apa yang aku nak cakap aku dah cakap pun". aku pun berlalu meninggalkan sarah yang seakan terganggu dengan kedatangan aku sebentar tadi...
Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam, dah tiba masanya untuk balik rumah. sepeti biasa, aku dankawan-kawan akan menunggu dia hadapan pagar kilang.Bas akan sampai sebentar lagi.. sarah seperti tadi masih diam membisu.Aku terpikir salah ke apa yang aku katakan siang tadi, terlalu kasar kah bahasa yang ku gunakan? Sarah apakah yang bermain difikiranmu, luahakan la pada aku... salahkah sahabat mu ini mengetahui apa yang bermain difikiran kamu?
to be continued
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment