Saturday, August 14, 2010

untuk kamu


14 august 2010

merupakan hari lahir yg ke 23 orang tue..
pertama sekali saya mintak ampun and maaf kerana tidak menjadi rakan yang
sentiasa meng"update"kan diri ini di blog or facebook..
hal ini adalah kerana saya tidak mempunyai kelapangan yang maksimum utk berbuat demikian..
disebabkan itula saya tertinggal hari yang penting kamu itu..
minta maaf sgt2.. nukilan saya ini bukan utk dipaparkan di facenook..
sekadar mahu anda mengetahuinya dan memahaminya..

terdapat berberape perkara tentang kamu yang saya ingin memberitahu ...(surprise)

1. kamu merupakan sahabat yang baik, memahami dan sentiasa ada untuk memberi pendapat(walaupun adakalanya sgt la pedas n memerli, tapi telan juga..sbb ad betol juga kata2 itu)

2. kamu merupakan sahabat yang tidak penah kenal erti kalah dalam perjuangan (walaupun ada kalanya kamu kecundang, tapi kamu bangkit semula apabile ditegur, diasuh dan dikaunselingkan...hihihi)

3. kamu merupakan sahabat yang paling jujur dalam perlakuan dan percakapan..(walaupun ada kala nya terlalu pedas nak dengar...hihihi)

4. kamu adalah shabat yang tak pernah lupa sahabat yang lain. (walaupun saya adakalanya lupa tentang kau, tapi kamu still menerima saya...huhuhu...sgtla terharu)

5. kamu adalah sahabat yang sepatutnya setiap insan di dunia nie ada...sahabat yang bersama dalam susah dan senang (terharu tak? tapi ia sgt jujur dlm haty ini)

6. kamu adlah sahabat yang sgt2 la suka makan n suke tgk movie n bergambar...(blog kamu tu dah macam blog pengkritik makanan, filem n gambar, dah ada bakat utk jadi pengkritik tetap)

7. kamu adalah sahabat saya yang saya sayang...selalu juga menjadi tempat saya mengadu di saat saya gembira kamu pun gembira, di saat saya sedih kamu pun turut bersedih...

akhir kata:
selamat hai lahir..terima kasih kerana menjadi sahabat
saya yang baik, waluapun saya nie tak berapa baik punya sahabat..huhuhu

sudahkah anda????

10 SENARAI SEMAK PERSIAPAN DAN PERLAKSANAAN PUASA

1) Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan,

“Barang siapa yang dihatinya merasa gembira akan kedatangan bulan

Ramadhan, maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka” – Al-hadith

2) Memohon ma’af kepada kedua orang tua, suami/isteri, anak, saudara dan

para sahabat atau kerabat anda, dimana setiap hari anda berhubungan

dengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadi

selama anda berhubungan

3) Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati (iri,

dengki, hasad, hasut, tamak, haloba, sombong, mencela, dendam,

berbohong) sebelum , ketika menjalankan ibadah puasa mahupun

sesudahnya

4) Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh

kesungguhan dan sekuat tenaga untuk mejalankan juga ibadah – ibadah

nafila (tambahan)

5) Tingkatkan Iman dan Taqwa, Selenggarakan & hadiri majlis ilmu Islam

ditempat anda.

6) Perbanyak membaca dan memahami Al-Qur’an Al-Karim, kalau mampu

upayakan khatam 1 (satu) Juz selama ibadah puasa dan jadikan amalan

dalam hidup setelah Ramadhan berlalu

7) Lakukan aktiviti biasa anda sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selama

Ibadah puasa, tinggalkan perbuatan maksiat dan perbuatan yang sia-sia

tanpa nilai pahala

8) Tingkatkan amar ma’ruf nahi munkar, saling nasihat menasihati di jalan Allah

dan perbayak bersabar.

9) Usahakan anda beri’tikaf ( berdiam diri / menginap di dalam Masjid untuk

memperbanyak kegiatan ibadah) selama 10 (sepuluh) hari terakhir

Ramadhan, sesuai sunnah Rasulmu

10)Ingatlah, bukan pakaian yang baru yang diterima disisi Allah SWT tetapi

kebagusan ibadah kita yang utama.

wassalam...

andai ini ramadhan yang terakhir

ANDAINYA INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu.. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ...bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong ridha Ar-Rahman


Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA



andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN


"MARHABAN YAA RAMADHAN "

Tiada hari seindah Jumaat, Tiada kata seindah Zikir,

Tiada Ibadah seindah Solat, Tiada Bulan seindah Ramadhan

segala tentang puasa

Wajib Puasa:
1) Islam
2) Mukalaf
3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
4) Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya ' ban 30 hari.
Sah Puasa:
1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
2) Suci dari haid dan nifas.
3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya ' ban).
Rukun Puasa:
1) Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
2
) Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.

Membatalkan Puasa:
Sekiranya
1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2) Muntah dengan sengaja.

3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4) Haid atau nifas.
5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
6) Murtad (keluar dari Islam).
7) Gila (hilang akal).
Pantang-larang puasa:
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
1) Berdusta, berbohong.
2) Mengumpat, mengata orang.
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
5) Marah.

selamat berpuasa semua

Seribu senyuman
belum tentu menawan hati

satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa benci


membina mengambil masa
meruntuh sekelip masa



SelamatMenyambut Ramadhan
.

Semoga Ramadhan AL MUBARAQ INImembawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina….

Maaf di atas ke terlanjuran bahasa dan kata sekiranya mengguris hati..........

SEMOGA RAMADHAN YANG BAKAL MENJELMA AKAN LEBIH BERERTI DLM APA JUA AMALAN YANG KITA LAKUKAN..