Tuesday, July 20, 2010

berhenti sebentar

berhenti sebentar

dari berkarya..

atas sebab2:

1. sdg mencari company nk buat praktikal

2. sdg menyipakan resume

3. sedang menyiapkan report investor expo

4. sdg mentelaah utk kelas FSA-UNCLE

5. sdg memikirkan nasib setiap kali melangkah ke kelas FSA
(tibe2 blog ini akn menjadi coretan setiap kali ke kelas UNCLE)

15 Sanjata Menghalang Syaitan


1. Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
2. Banyakkan bezikir
3. Banyakan Beristigfar
4. Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
5. Jangan tidur berseorangan
6. Baca doa pagi dan petang
7. Bersugi
8. Melaksanakan solat jemaah
9. Berwudhuk sebelum tidur
10. menutup aurat
11. Membaca doa masuk tandas.
12. Banyak berselawat pada hati
13. Bertaubat, beristighfar
14. Banyakan baca Al-Quran
15. Membaca surh Yassin setiap pagi

terbuka kah pintu itu???

pintu syaitan yang ada didalam diri kita
1. pintu marah
2. cinta dunia
3. kebodohan(keengganan menghadiri majlis ilmu)
4. panjang angan-angan
5. rakus
6. bakhil
7. suka pada pujian
8. riak
9. ujub (merasa kagum)
10. takut dan gelisah
11. buruk sangka
12. memandang rendah pada orang lain
13. merasa suka pada dosa

terbuka kah pintu itu???

pintu syaitan yang ada didalam diri kita
1. pintu marah
2. cinta dunia
3. kebodohan(keengganan menghadiri majlis ilmu)
4. panjang angan-angan
5. rakus
6. bakhil
7. suka pada pujian
8. riak
9. ujub (merasa kagum)
10. takut dan gelisah
11. buruk sangka
12. memandang rendah pada orang lain
13. merasa suka pada dosa

PETUA 1

Hilangkan karat pada gigi

Cara untuk menghilangkan karat dari gigi adalah dengan dengan mengambil biji asam jawa, kemudian gorengkan tanpa minyak lalu ditumbuk hingga halus. ambil debunya dan gosokkan pada gigi dengan kain atau berus gigi.Lakukan setiaphari dan InsyaAllah anda akan dapat melihat kesannya.

Legakan Sakit kepala
Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara mengambil daun lemuni hijau lebih kurang sekilogram dan dimasukkan kedalam sarung bantal. Kemudian tidurlah diatasnya selama dua tiga hari. InsyaAllah sakit kepala anda akan berkurangan dan anda akan berasa segar.

Kurangkan kadar kolestrol
Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca teh minyak zaitun. Amalkan meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengmbil makanan berkolestrol tinggi. InsyaAllah kesannya akan dapat dirasai dalam masa seminggu.Ia juga dapat menghilangkan pembentukan selulit.

Kulit Berkedut
Ambil sebatang lobak merah , bersihkan dan parut, setelah itu campurkan sebiji kuning telur dan secamca besar tepung jagung. Bahan ini dikacau hingg sebati , setelah itu bolehlah dilumurkan pada kulit muka. Lakukan sekali sehari pada waktu malam. Cucilah muka ketika hendak tidur dengan air suam. Amalkan Selalu insyaallah berkesan.

di sebalik


Untuk kita kongsi bersama, semoga kita semua mendapat

hidayah dari Allah...

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi
sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami..
sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh
dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk
di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah
seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin
sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita
masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan
ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima
kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin
banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup
Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut
dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii
(berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii
(maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan
rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa
yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti
sedang berpura-pura memohon sesuatu

tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah
perlakukan kita begitu.

Saturday, July 10, 2010

terasa kehilangan


(bersama di rumah sewa july 2009-june 2010)

benar kata orang..
kita tak kan rasa kehilangan
apabila seseorang itu berada di depan mata kita...

tapi kita cukup terasa kehilangan apabila
seseorang itu tiada didepan mata kita...
cukup terasa..

itu la yang berlaku apabila,
baru2 nie teman rapat saya FAREHA
dah pindah masuk kolej..
waaa....sgt rasa kehilangan..
tahu kenape??

reason- reason:

1. dah tak ada teman nak berbual, dulu setiap kali balik mesti nak berborak dgn kak fa,
apa2 cerita sekali pun..mengumpat tue kurang yea, kami nk cari pahala bukan dosa..

2. dulu kalo solat selalu kak fa ada sama, sekarang cam sensorang jer..

3.dulu selalu dengar kak fa mengaji tapi sekarang dah tak ada lagi..

4.dulu selalu tgk kak fa bersiap depan cermin tapi sekarang dah tak ada lagi.

5. dulu selalu pagi2 kalo nak mandi pun ada teman nak gaduh, sape mandi dulu, tapi sekarang dah tak ada lagi..

6. dulu selalu makan nasi goreng kak fa masak tapi sekarang tak dapat dah..

7. dulu selalu teman kak fa pg fully shop, sekarang pg fully shop sorg2..

8. dulu kalo saya masak kak fa mesti makan, tapi sekarang tak lagi..

9. dulu kak fa selalu bagi nasihat n pendapat face to face...sekarang tak dapat dah kena sms atau call jer..

10. dulu selalu teddy bear saya ngan sinyu akak selau bersama, tapi sekarang teddy bear saya kehilangan kawan..bergitu juga saya...kehilangan kak fa...

~banyak lagi nak cakap tapi takut menangis lak~

~ALLAH je tahu betapa terasa kehilangan nya seorang teman seperti
NURUL FAREHAH~

Friday, July 9, 2010

bak kata...

masih ingat tak iklan...
yang mengatakan perkataan ini..
"biar terkena kotoran demi pengalaman"

dulu macam tak ambik mudah dgn perkataan2 nie..
but totally make sense...
dalam kehidupan kita akan mengharungi pelbagai dugaan...
either yg dahsyat ataupun yang biasa..
dulu masa muda2, nak handle masalah mcm susah giler..
tapi setelah meningkat usia,kita harus bijak memilih
cara dan langkah yang wajib dan sesuai di ambil..

setiap tahun kita akan menyambut hari jadi...
dan setiap tahun juga kita akan menerima..
sgala mcm ucapan seperti " semoga sukses selalu"
dan lain2...

penahkah kita terfikir setiap kali meyambut hari lahir..
kita semakin meningkat dewasa..
sekali gus cara pemikiran dan perkataan juga harus
selari dengan usia kita???
sesungguhnya memang awal2 sgt sukar menerima..
tapi kita kena cuba gak sedaya upaya..
kita dah tak nak lagi org ckp "mcm budak2"
so harus berubah...

jadi pada tahun ini, meningkat lagi satu tahun,
harus lebih banyak memikirkan masa hadapan
daripada memikirkan hal yang remeh temah..
tapi harus di ingatkan bahawa,
setiap kali kita mencuba kita akan jatuh..
tapi jangan sesekali berputus asa..
dugaan itu ibarat kekotoran,
pengalaman itu akan mengajar kita
jadi...

"biar terkena kotoran demi pengalaman"

Thursday, July 8, 2010

trend bertatu


Apabila tatu menjadi trend.

Selama ini, saya ambik tak kisah dan sekali pandang saje tentang tatu. Sekadar membaca di akhar dan juga di majalah tentang pelibatan remaja melayu dalam membuat tatu. Apa yang membuka mata saya apabila melihat remaja melayu sendiri sedang asyik memilih tatu..


Recently, saya pg ke pusat membeli belah di damansara, saya agak teperanjat 2 org remaja melayu seorg berbaju hitam dan seorang berbaju coklet sedang asyik membelek catalog tatu.
Untuk mendapatkan kepastian, saya pun jalan sekali lagi di kedai tersebut, memang sah dan nyata bahawa mereka sedang ditatukan. Dan saya masih ingat lagi ketika lalu di kedai tersebut : sakit la bos,”…” luu, tahan la sikit”..dalam hati saya berkata, dah tau sakit kenapa nak buat?
Dan yang membuatkan saya ayik berfikir macam mana la kalo budak2 ni telibat dalam kemalangan dan meninggal…habis la tatu mereka… kulit mereka itu akan di siat-siat..aduh tak dapat di gambarkan…


Hukum bertatu adalah haram ke atas lelaki dan wanita. Walaupun baginda merujuk kepada golongan wanita, ini tidak bermaksud harus bagi kaum lelaki. Namun hari ini kita dapat melihat bahawa bertatu ini menjadi satu trend di kalangan remaja dan segelintir orang dewasa.Ada yang bertatu dengan alasan tidak mahu ketinggalan dengan trend semasa. Sedangkan bertatu bukan dari budaya orang Islam malahan budaya jahiliah. Sebab itulah Rasulullah saw mengharamkan amalan jahiliah ini.


Nas yang dijadikan sandaran bagi pengharaman tatu pertamanya daripada hadis Rasulullah SAW daripada Abdullah bin Umar: Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari)Di dalam al-Quran, Allah SWT menyuruh kita bersegera kepada seruan Allah dan Rasul-Nya SAW.Maksud firman Allah: Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”: dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. (al-Nur: 51).Ada pula di kalangan orang Islam apabila ditanya kenapa bertatu diberi alasan tidak tahu bahawa tatu itu haram.


Beginilah sikap manusia yang sering mencipta alasan untuk menghalalkan cara. Tetapi dalam persoalan kawan saudari yang berbangsa iban itu bertatu sebelum Islam.Mungkin bertatu adalah budaya masyarakat iban. Namun demikian selepas dia menganut Islam bukan itu yang pertama kena buat.


Persoalan yang pertama perlu diberi penekanan adalah persoalan akidah, membina keyakinan dan kepercayaan yang mutlak terhadap ketuhanan Allah dan menafikan selainnya dari dianggap menjadi tuhan.Sekiranya penekanan terhadap keimanan dan pengEsaan terhadap Allah lebih utama.


Walaupun demikian perlu juga difikirkan bagaimana dapat membantu beliau yang baru Islam untuk memahami Islam yang syumul ini. Termasuklah juga persoalan-persoalan fikah dan akhlak.Merujuk kepada tatu yang terdapat di lengan kaki lelaki tersebut perlu dilihat kepada bentuk ukirannya.Sekiranya ukiran tersebut bentuk objek makhluk atau bentuk berhala maka hendaklah dibuang.


Namun sekiranya tatu itu sekadar ukiran corak yang tidak membentuk makhluk terpulang kepada lelaki tersebut sama ada ingin buang atau tidak.Ini kerana Allah mengampun segala dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh seseorang sebelum Islamnya, yang demikian dapat dilihat dalam hadis Rasulullah yang bermaksud: ...Sesungguhnya Islam menghapuskan kesalahan dan dosa seseorang itu sebelum Islam….(riwayat Muslim, no:121, jld:1, hlm:112)Hadis ini memberi petunjuk sesungguhnya kesalahan yang dilakukan oleh seseorang itu sebelum menerima hidayah adalah dihapuskan serta merta dengan terlafaznya syahadah (pengakuan masuk Islam).


Namun demikian pandangan peribadi saya eloklah dibuang tatu yang ada di lengan kaki bagi mengelak fitnah dan buruk sangka. Tidak semua mengetahui yang saudara itu baru masuk Islam.Pada masa yang sama sekiranya proses membuang tatu boleh memudaratkan nyawa atau boleh mengundang masalah lain pada kesihatan, tidak perlu dibuang biarpun tatu itu berbentuk makhluk.


Namun, jangan pula didedahkan atau ditayangkan tatu itu kepada orang lain. Di dalam kepesatan teknologi perubatan ada di sana pencapaian teknologi perubatan yang tidak perlu menggunakan asid.


Malahan tatu boleh dihilangkan dengan menggunakan sinar infra merah seperti yang dinyatakan melalui petikan berikut: “Pada tahun 1991, Dr. Tolbert Wilkinson dari San Antonio, Texas telah mengemas kini sejenis prosedur yang menggunakan sinar infra merah yang tidak memberi kesan parut yang ketara serta kurang mahal…”.Proses membuang tatu adalah rumit dan memakan masa. Prosedur tradisional seperti dermabrasion atau pembedahan akan meninggalkan kesan parut. Justeru itu prosedur tersebut sudah jarang digunakan hari ini.


Penyingkiran tatu menggunakan laser pula adalah pendekatan paling umum. Tetapi ia memerlukan kepakaran profesional dan adalah agak mahal khasnya bagi penduduk di negara Dunia Ketiga. Untuk membuang tatu mesti mendapatkan bantuan nasihat daripada doktor dan jangan bertindak menjadi doktor kerana dikhuatiri akan timbul masalah yang lain pada kulit, ini sebab tisu kulit sangat sensitif.Sumber: Utusan Online

Sunday, July 4, 2010

peringatan

email yg diterima utk dikongsi bersama

AIR SEMBAHYANG "

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat
kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih
berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab
ku ditangan kanan ku ini". Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-
hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi
titian Siratul Mustaqqim". Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke
masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat" Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.

kembali......

sudah tiba masa nye kembali ke s.alam
melangkah dengan penuh keazaman
utk mencube dgn lebih baik..
berhenti merayap dan bermain2..
perlu perubahan yang drastik.
membawa harapan mak n abah..
itu yg lebih baik..

mak n abah,,
sem nie saya dah tak nak main2..
saya akan buat dgn lebih baik lagi
insya allah...

Friday, July 2, 2010

new wed....



hapie wed to abg adam n kak alia..
sgt cantik.
seorg lecturer n sorg lawyer..
congratz guys...

give up


saya tak pandai..
jadi saya pun malas nak pkir2 panjang..
buat sakit kepala jer..
so sy nak give up dari mencuba..
tah la..nanty saya tanye
pada mereka yg boleh mengajar saya..
dengan rela haty, tanpa paksaan..

off business

to all auntie, sis, and readers.
this coming july....
off business utk sebulan..
tak ada lagi order for tartlets n sardin roll..
yyyyy????
sbb kitchen under renovation..
so be back dalam end of july...
anything just sms me ok,..
so sorie...

sekitar percutian