Saturday, January 30, 2010

hidup tidak selalunyer senang

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah
>
>
> Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah
> perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah
> kereta Waja yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.
>
> Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
> kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia
> memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
>
> Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut;
> anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat
> mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive
> muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil
> tadi berdiri.
>
> Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak
> kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang
> terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu
> kasar...
> siapa kita ?
>
> "Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu
> kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak
> buat ini semua ?
> jerit Executive tersebut..
>
> Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ; "Saya meminta
> maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya
> melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya
> panggil".
>
>
> Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh
> dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di
> sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
> Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
>
> Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil
> tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke
> kerusi roda. Terima kasih, pakcik.
>
> Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
>
> Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat
> dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan
> cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya
> akan kesejahteraan hidupnya.
>
> Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek
> teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya
> bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
> seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .
>
> Pengajaran
>
> Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria
> tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan,
> menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang
> sebenar-benarnya.
> Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

No comments: