Saturday, January 30, 2010

laugh of the day

Ada 2 org perompak yg tlh merompak bank&berjaya melarikan diri dari pihak
polis.mereka membahagi-bahagikan wang hasil rompakan tersebut yg jumlahnya
agak banyak.
A: takyah lah kire. kite tunggu sok pg je.
B : apsal plak?aku tak sabor dah ni!!!
A :sok kluar paper, kite tau lah jumlah duit ni beraper!!
____________________________________________________________________________

Pada satu pagi, di kedai mamak,....

Ali : Aku hairan tengok kau.
Kassim : Kenapa, ada yang tak kena ke?
Ali : Yelah, kau tu. Aku tengok anak kau bawak kereta mewah. Tapi kau asyik
bawak basikal buruk kau tu aje.
Kassim : Dia bolehlah, bapak dia kaya. Bapa aku miskin
____________________________________________________________________________
Seorang pelancong Indonesia datang ke Kuala Lumpur tersesat jalan lantas
menalipon rakan Malaysianya. Rakannya bertanya " Kau dimana sekarang?"
Pelancong Indonesia menjawab " Aku di JALAN SEHALA sekarang!".
____________________________________________________________________________

Dua wanita sedang berbual-bual tentang kehebatan anjing masing-masing.

Wanita 1: U know....anjing I cukup pintar, dialah yg tunggu mamak surat
khabar dan bawa masuk kpd suami I yg sedia menunggunya.

Wanita 2 : I knowwwww......

Wanita 1 : Bagaimana U know ?

Wanita 2 : Anjing I bagi tau !
____________________________________________________________________________
Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya
yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York , Mamat dibawa ke bilik
bedah dan dipasang tiub getah kiri kanan.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah
dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini
walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan
Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata:

"United kingdom..."
Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: "Malaysian..."
Setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan. Beberapa jam kemudian
mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James...". Dijawab dengan susah payah
oleh Mamat: "Mamat...".
Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka
berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya. "Birmingham..."kata si Mat
Saleh.

Dijawab Mamat: "Kuala Kangsar...". Pengsan lagi.
Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual. Si Mat Saleh
yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer..."

Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Capricorn...!"

amazing body printing
















stop...mengumpat

banyak yang merasakan amat sukar untuk mengikis sikap suka mengumpat. namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. antara yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan diri daripada mengumpat adalah dengan cara menjauhkan diri daripada berbual kosong. sebaliknya bebrual mengenai sesuatu topik yang boleh mengelakkan anda berbual hal peribadi orang lain. juga bincangkan perkara yang boleh memajukan diri. simpan matlamat untuk berhenti mengumpat dan pastikan apa yang dikatakan itu baik-baik belaka.

akhir sekali jangan lupa berdoa agar usaha anda untuk mengelakkan diri daripada mengumpat berjaya mencapai sasaran.

cara2nya

cara perbaiki potensi diri untuk mencapai kejayaan.
  1. sentiasa luaskan fikiran ketika menetapkan sasaran.
  2. analisis keupayaan diri
  3. berfikiran melangkaui zaman
  4. jadilah ejen perubahan
  5. dapatkan "kekebalan" agar apa yang anda lakukan tidak dimusnahkan oleh orang lain
  6. tambahkan pengetahuan walaupun diluar bidang anda.
  7. jangan menyerah kalah.
  8. sentiasa bersedia untuk mengahadapi cabaran dan dugaan.
  9. tentukan nilai diri anda.

sakitnya mati

Sakitnya Mati

Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.


Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300x tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.


Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur:
1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih


Amalan harian:
1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut Allah


Amalan yang perlu dijauhi:
1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."


Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.


Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."


Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata:Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."


Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."

hidup tidak selalunyer senang

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah
>
>
> Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah
> perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah
> kereta Waja yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.
>
> Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak
> kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia
> memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
>
> Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut;
> anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat
> mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive
> muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil
> tadi berdiri.
>
> Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak
> kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang
> terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu
> kasar...
> siapa kita ?
>
> "Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu
> kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak
> buat ini semua ?
> jerit Executive tersebut..
>
> Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ; "Saya meminta
> maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya
> melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya
> panggil".
>
>
> Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh
> dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di
> sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak
> Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
>
> Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil
> tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke
> kerusi roda. Terima kasih, pakcik.
>
> Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
>
> Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat
> dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan
> cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya
> akan kesejahteraan hidupnya.
>
> Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek
> teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya
> bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
> seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .
>
> Pengajaran
>
> Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria
> tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan,
> menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang
> sebenar-benarnya.
> Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Saturday, January 23, 2010

special for some one...


...i will always love u now and forever...


...mom and dad...


...abg wa,kak didi, gujie, aril n kak sha...





You raise me up ~ josh gorban
When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

~love all of u~

im sorry..

im so sorrie auntie..
i couldnt help...
i couldnt help u to guide her..
to change her...
to help her....
she make her own way...
sumtime i couldnt understand her...
im so sorie auntie...
every time u couldnt call her..
u will ask me where she goes..
i understand u worried..so do i..
but she big enough to think by herself..
i will always monitor her...
but sumtimes i miss my eyes on her...
she have her own fren, who i guess..
she willing to do anything for them...
i never mad or regrats....
but i couldnt stop her...
she make her own choice...
who she wants to make fren with...
but i will promise u..
i will do my best for her..
i dont want to make u sad anymore...
i hope she will think of u..
more offently, rather than thinking of her frens...
u need her, so do she..i guess...
thanx u auntie for let me know..
what i can help to make everything goes well....

Sunday, January 17, 2010

yehaa...makan..makan..n makan...

hari ini..saya bawa teman2 sekelas saya pg makan...
hehe...mcm2 perangai la syud n suziela..
masuk uitm penuh debaran, naik bukit yg curam..
hehehe..padahal tak la curam maner pun..
saje jer tak penah cube n naik...
so i pass. hehe..
bile ambik mereka d perindu kami bwk mereka pg makn..
kasi kenyang nyer...
besar punyer..
jus jug besar...semua la..
mekan..makan ..makan..cume tak cukup seorg shita..
minah nie tak angkat2 phone..
so terpakse la tinggal kan dia...
next time la dear k...

Saturday, January 16, 2010

hari ini hari minggu

so setiap minggu..
ak akan drive antar farah pg padang jawa naik ktm...
nasihat yg sama dari farah..
"ko jgn nak bwk laju2 sgt...bkn leh caya ko nie"
jwapan ak yg paling selamat " baik mak"
hehehe..farah2...
balik jer umah sure tgk tv..
dah bosan tgk tv on9 lak..
kalo ad keje nak tolong mama tak la on9...
niasa2 jer..
kekdg tue dah call mak everyday pun..sure nk borak lg...
sgt merindui suara mak..
yg paling penting masakan mak...
perancangan masa depan ngan farah..
nak p melawat kawan jauh..
hehehe..sje nak bikin surprise..
insya allah kalo assignmt tak byk..
kesana la kami pg...
~penat gak travel rawang to shah alam~

Wednesday, January 13, 2010

bukan semua nyer indah

dalam persahabatan nie kita kena ingat..
bukan semua nyer indah..
bukan semua nyer setia..
dan bukan semuanyer sggp bersama kita..
dikala senang dan susah..
ada teman tue time senang jer bersama..
time susah buat dek jer..
dan ad juga teman yang mampu baut kita ketawa..
tetapi tak mampu untuk bersama kita ketika sedih...
jangan slah kan sesiapa...
it nature..dlm hidup kita memg ad semua tue..
setiap org akn alami benda yg sama..
jika bukan sekarang..myb in the future..
who knows kan...
ape2pun kita kena sabar...dan banyakkn bersabar...
kita cube fahami kawan kita sebaik mgkin..
sbb that life should be..
biar la dia tue emo ker, kaki majok ker,
kita layan jerla..
yang tak btol tue kita tegur...
kalo tak nk dgr nasib dia la...
so ape2 pun..ingt kata2 nie
"how hard it takes just smile n laugh"

assignment

yehaa pemulaan hari yang ceria..
ape taknyer dah ad duty..
assignment...assignment..assignment..
bangga dapat assignment..
tak berbangga sbb nak cepat...due date nyer cepat..
hehehe...dulu leh gak main lepak2..
sekarang...no more lepak2..
mcm2 nak kena buat...
lecturer sem nie semuayer ok..
alhamdulillah...so hoping everyting ok la kn..
ad lect tak bg buku or note..
dia kata note based on presentation..
hebatkan...camner nk buat la nie..
dulu kak fa jer yg rasa semua nie..
sekarang aku lak...
all the best la iliyana n farah...
chayok..
same goes to baiduri gak...

khas untuk teman ku...

assalamualaikum buat teman yang seorang...nama biarla rahsia..

tima kasih kerana sudi meluahkan masalah kau pada aku..
sedaya mungkin aku akan cube membantu...
biar pun aku tidak sehebat dato' fadilah kamsah...tapi cukupla sekadar
menjadi teman untuk ko berbicara...biarla luahkan segalanyer..
halwa telinga ku sanggup mendengar kata2 kamu..
akan ku cube selami ape masalah yang kau hadapi...
akhirnye...kau luahkan juga...
hanya ALLAH yang tau bertapa beratnyer la masalah kau...
aku tau ko mudah kecewa, mudah mengalah..tetapi itu bukan nyer bermaksud..
ko loser,,ko kalah...
biarla ape dia nak kata, yang pasti kau dan aku tau perkara sebenar...
biar la berape kerap org nak kata ayat yg sma..
biar pun betapa jelaknyer ko mendegar kata2 tue...
tapi ko perlu berubah..
ramai yg masih dibelakang ko.. push ko...sayang ko..
jika kami tak sayang masakan kami akan membantu...
bertenang la..biar la dia cakap ape saja, buat cerita ke..
biarla...dah memg dia macam tue...
maybe dia saje nk tgk ko suffer...so let it be..
takut2 nanty dia yg suffer sbb tgk ko steady jer...
wat pe nak kusutkan kepala pikir pasal dia..
semua tue kenangan jer..lantak dia la nk buat ape..
buat ape ko nampak tak hapi sbb dia..tak ad gunanyer kan...
ko dah la keding sekarng nie...kalo dia tgk mesti dia hapi..
sbb dia dah menang.based on diri ko dia tau ko suffer..
sbb rindu n sayang kan dia...
nak buat ape ko buat semua tue..
andai kata ko btol2 nk lupakan dia..
lupekn btol2..jgn nk kenang2..
yg penting jgn caya pada "biar masa tentukan segalanyer"
kalo ko tak berubah wat pe nk tggu n percaya pada masa..
put some effort on it..
baru la menjadi...
kalo dokmcerita kat org, sureorg akan kata...biar masa tentukan segalanyer...
kalo ambik kata2 tue dari perspektif yg berbeza..u will change..
tapi if stay the same place bek tak yah..
cam mencurah air di daun keladi...
so..change for ur own good...
we will be there for u...
kerna ak antara org yg sayang pada kamu...

Saturday, January 9, 2010

diari ku....this week

pemulaan minggu ini sgt gembira...
sebabnyer dapat bawak keta p uitm...
hehehe..akhirnye dapat gak...
tapi tak la g maner..
tak g jauh pun..
tempat2 yg penting jer...
alhamdulillah dapat gak bawak ka fa n farah g jusco bkt tinggi..
explore tempat lahir ku...
tempat tinggal ku..
i was born in klang..n always be i klang..
pasnie dapat keta leh la pg umah mama..
kat port klang..insya allah...
sekat ckit..lama tak makan masakan mama....
dan lama tak tido disana....
insya allah...
balik jer shah alam..
dah mcm2 appointment dah..
my ex mgs mate nak hangout sma...
nak kuar..mereka dah dekat..
jd tempt lepak shah alam jer la....
kali ini tibe la masa mendekatkan..
persahabatan kami...
hehehe...
so each week akn balik umah...
sgt memerlukan umah utk puaskan
on9 diri,tgk tv...semua la...
so time to rest only at home...
~home sweet home~

Sunday, January 3, 2010

back to the future

alkisah...bermula la semestar baru..
bermula la plajaran baru...
setelah sekian lama terpisah..
bertemu kami semula...housemate sekalian..
look like every one of them changed..look like "kakak"...
nice to hear that rite...
changed for the best for thier self...

alhamdulillah every thing goes well..
dekyah just went back from makkah..
lots of story that she share with us...
how interesting, funny and one kind of feeling she been there..
but alhamdulillah...she get the opportunity to go there..
the most interesting and meaningful place to go....

she give us lots of guddies...
tasbih...kurma...sum food too...
thanx u dear for the guddies and also ur story...