Sunday, September 27, 2009

satu dah selasai...lg 2 otw....


sabtu...26.09.09
merupakan tarikh bersejarah dalam hidup kami sekeluarga..
apabile salah seorang dari ahli keluarga.....
menemui teman hidup atau teman sejati...

syukur alhamdulillah semuanye belaku dgn lancar..
angkat nikah juga hanya dgn sekali lafaz..
dapat
la sy kakak ipar baru..

hahaha...mcm tak caya jer...





sungguh cepat proses nyer..
tup..tup dah ad kak ipar....
overall suasana sgt best cume sgt2 la panas cuacanyer...

then malam sebelum nikah di pahang
kami sekeluarga n saudara mara tido agak lambat...
so semua
mengantok...tapi sedaya upaya menahan mata...
n menahan senyuman tok gambar...

then, malam itu gak la..sy selaku adik bongsu..
kena la tolong pakai kan inai tok bakal pengantin...
sabar jer la..mcm2 alasan dia bg...
"penatla, kenapa nak kena pakai inai, lambatla nak kering,
ngantok la, nak hisap rokok tak boleh, n mcm2 lagi"
aduh..pening pala melayan...
ikutkan jerla... bakal pengantin...

otw pg pahang (umah bakal kak ipar)
bakal pengantin yg bawa kereta..hahaha
tak ad sape nak drive sbb umah dia berpusing2..
lalu karak..then masuk felda chemomoi..
kami stop kat genting sepah...
from genting sepah to umah pengantin takes almost 2 hours..
so sgt2 pening...

tapi bile sampai debaran akad nikah...
bile dah selesai...
makan time...hahahha
bile makan serah pada sy...sedap giler kot...
ayam golek is the best hahaha

Monday, September 21, 2009

dunia hanya sementara

Hadits :
Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu ia bersabda:” Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara)”. Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:”Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sehat engkausebelum datang masa sakit dan dari hidup engkau sebelum datang masa mati.
(al-Bukhari)

Uraian
1. Dunia adalah tempat untuk manusia beramal dalam sekian waktu yang ditentukan dan bukanlah tempat untuk bermukim, bersenang-senang sepanjang hayat karena kedudukan seseorang itu di dunia ini adalah seperti pedagang atau pengembara yang akan pulang ke kampung halaman tempat asalnya itulah alam akhirat yang kekal abadi.

2. Untuk itu, tiap-tiap amal ada waktunya di mana apabila luputnya waktu sesuatu amal belum tentu waktu itu akan berulang kembali. Oleh itu orang yang mengerti nilai waktu akan menyadari bahwa waktu itu sebenarnya adalah umurnya yang jika habisnya suatu detik waktu maka berkuranglah jangka hayatnya dan berkurang pula tempo amalnya. Selepas itu kekecewaan dan penyesalan tidak berguna lagi.

3. Oleh itu seseorang yang inginkan kebahagian yang kekal abadi hendaklah memelihara waktunya daripada terbuang dengan percuma atau sebelum tiba waktu yang menghalang seperti sibuk, sakit dan sebagainya.


pesan Rasulullah SAW terhadap wanita

sumthing to share with readers

1. Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.


2.Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.


3.Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).


4.Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5.Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) karena dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

keutaman membaca dan mengkaji al-quran


“Bacalah Al-Qur’an karena dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.”
(Riwayat Muslim)


-“Barangsiapa disibukkan dengan mengkaji Al-Qur’an dan menyebut nama-Ku, sehingga tidak sempat meminta kepada-KU, maka Aku berikan kepadanya sebaik-baik pemberian yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta. Dan keutamaan kalam Allah atas perkataan lainnya adalah seperti, keutamaan Allah atas makhluk-Nya.
(Riwayat Tirmidzi dan katanya: hadits hasan)


-“Sesungguhnya orang yang tidak terdapat dalam rongga badannya sesuatu dari Al-Qur’an adalah seperti rumah yang roboh.”
(Riwayat Tirmidzi dan katanya: hadits hasan sahih)


-Diriwayatkan daripada Abdul Humaidi Al-Hamani, katanya: “Aku bertanya kepada Sufyan Ath-Thauri, manakah yang lebih engkau sukai, orang yang berperang atau orang yang membaca Al-Qur’an?” Sufyan menjawab : “Membaca Al-Qur’an. Karena Nabi saw bersabda. ‘Orang yang terbaik di antara kamu adalah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.”


pahala solat paling besar


Hadits :
Diriwayatkan dari Abu Musa r.a, beliau mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang yang paling besar pahala solatnya ialah orang yang paling jauh (dari masjid). Dan sesudah itu ialah orang yang menunggu-nunggu waktu untuk solat sehingga ia solat dengan imam, lebih besar pahalanya daripada ia solat (sendiri) kemudian ia tidur.”

(al-Bukhari)

raya datang lagi


salam..semua...

luahan haty bermula...saat lebaran bermula...herm..kali nie raya cam tak raya la...sgt2 la sibuk..kenapa sibuk pun tak tau nak cakap.. herm..myb last minute buat kuih for by brother..nak dijadikan cerita, buku resepi hilang...hohoho...cam lawak la buat kuih tak ad resepi...padahal buku tue turun temurun..nie mesti case renovate umah, barang pun dah tak tau maner simpan..

back to story la erk, buku resepi hilang so bahan kuih pun pakat lebur jer...alhamdulillah menjadi gak la..hahaha..then tahun nie la paling banyak kuih tunjuk atau erti kata lain kuih order kat org... nak buat mcm maner tahun nie semua tak sempat..2 bro nak naik pelamin...

cakap pasal pelamin, sabtu nie my 3rd bro akan naik pelamin...huhuhu...going to miss him so much..dia la abg yg peneman gaduh....n everythingla...rasa cepatnyer masa berlalu abg2 pun dah nak kawin...huhuhu

tahun nie last la kami beraya adik beradik sblm mereka menjadi suami org, pagi2 raya mama dah nangis sedih sbb tahun nie last beraya dgn dorg yg solo nie...pasnie mesti dorg beraya gilir2 ikut turn dgn isteri dorg..huhuhu..tahun nie gak la last bergurau senda dgn dorg..nanty dah kawin dorg bergurau ngan isteri dorg jer..huhuhu...

rasa mcm baru semalam je kami adik beradik bermain basikal, main mercun, main kat parit dan sebgainyer....(namapun adik beradik abg je, nie la jadi nyer..hahaha) so sgt2 merindui kenangan bersama dorg... ape yg aku harapkan, nanty biler dorg dah kawin kami still mcm dulu, tapi betul kata mak nanty dorg ad tanggungjawab msg2..huhuhu

apa2 pun sebelum terlambat selamat bergelar pengantin baru tok aril n abg wan..im happy for both of u...

Friday, September 18, 2009

bukan aku...

bukan aku tak syang...
aku syang kamu..
tapi sampai bile aku nak tahan semua nie...

ak terima ape yg kamu buat...
terima seadanye...
tapi maafkan aku..
jika aku terus berubah..
mgkin kita dah tak sama mc dulu lagi...

kamu buat la ape yg kamu nak
as long as u happy...
study smart take care urself


kalo ikutkan haty

kalo ikutkan haty mcm2 yg aku nak pose..
tapi aku tak sgp nak buat..
kalo nak mengaibkan org nak buat ape..

tapi terpulang pada kamu nak tulis banyak mane...
ckit pun aku tak marah...
tapi sedarla...
walaupun aku senyap tak bermaksud aku setuju...
tak bermaksud aku suka...

kalo ikutkan haty...
mcm2 aku leh cite..
tapi untuk ape aku nak buat semua tue..
aku respect bcoz kamu adlah teman ku..

tapi kalo ikutkan haty..
tuhan jer yang tahu...
tak perlu aku ungkaikan panjang lagi...
sbb pada aku...
kamu dah besar...dah mampu buat keputusan sendiri..
malah kata2 kamu sentiasa btol
dan kata2 u selalunyer salah...

memg nyata sekali aku tidak bijak dan sepandai kamu...
tapi aku sedar siapa aku...
tapi aku cume mintak respect org...
bile kita respect org,org akan respect kita...

salam

Friday, September 4, 2009

berfikirlah...renungkanlah....

(terima kasih kepad pengirim email...)

sesuatu yg ingin di kongsi bersama...untuk pengetahuaan dan juga peringatan kepada kita sbagai umat islam....

GAMBARAN MANUSIA YANG BERDOSA DI PADANG MASYAR............... ...

BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia

BERWAJAH KHINZIR (babi)
Suka memberi & menerima rasuah

BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman

PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.

TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

BERJALAN TERHOYONG - HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid

RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti

TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling

WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun

PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat

BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina

MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim

KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain.

kalau anda.....

Kalau anda pikir anda masih islam bacalah...kalau tidak....... Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca
ini.....kalau lebih dua
minit
tu bukan membaca la tu...tapi mengeja.. ;-)

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha
Pengasih....

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang
1,000 jemaah...tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgnpakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesingun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATIkerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkandiri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn
cerita di atas. Selain terhibur anda fikirlahlah. ..


" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya
20 yg betul-betul beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan
ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya Cuma seminggu sahaja..tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada
tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gossip dan apa
yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"
"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya
sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau
girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat
tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama
Lawak kan ???/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg
paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? wallahuaallam

(terima kasih pada orang yg mengirim email ini, sama2 kita renungkan)

Tuesday, September 1, 2009

keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja


Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah


Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.



Nota

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:

'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.. Sesungguhnya apabila
matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1)Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

puasa yang sia-sia

Puasa menuntut KESABARAN; menjaga daripada bercakap atau mendengar perkara yang keji atau sia-sia. Jika tidak, tiadalah pahala puasa.

Maksud Hadis:

“Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri daripada percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”. (Riwayat Muslim)

“Orang yang mengumpat dan yang suka mendengar umpatan adalah serupa dalam dosa”. (Riwayat Tabrani)

“Puasa adalah benteng. Barang siapa diantara kamu yang sedang berpuasa, hendaklah jangan berkata keji dan berteriak. Maka apabila ada orang yang menyerang dan mencacimu, katakanlah “sesungguhnya aku sedang berpuasa!” (Riwayat Bukhari & Muslim)

“Barangsiapa yang berpuasa tidak meninggalkan perkataan dusta, perkataan sia-sia dan beramal dengannya maka tiadalah hajat bagi Allah untuk menyuruh dia meninggalkan makan dan minumnya (iaitu puasa) " (Riwayat Bukhari)

“Dia (bulan Ramadhan itu) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga.” (Shahih Ibnu Khuzaimah)

Firman Allah swt maksudnya “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Surah Az-Zumar: 10)

==========================================================================
Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

-Berpesan-pesan sesama insan-