Thursday, December 31, 2009
memory 2009
Wednesday, December 30, 2009
K..A..W..A..N
Mula-mula kejar...
dah dapat sepak....
2) ka wa n tu bkn mcm main SKATE...
Mula-mula gosok...
lepas tu pijak...
3) ka wa n tu bkn mcm main RAGBI...
Mula-mula tangkap...
dah dapat tendang...
4) ka wa n tu bknnya mcm PAMPERS...
dah pakai..,
buang...
5) ka wa n tu bknnya mcm BARANG KEMAS...
Waktu baru beli pakai...
dah sengkek gadai...
6) ka wa n tu bkn mcm PELANGI...
Hari cerah takde...
hujan gerimis baru muncul...
7) ka wa n tu bkn mcm KERETA...
Rosak sikit..,
jual...
ambik kereta baru...
8) ka wa n tu bkn mcm CHIPSMORE...
kejap ade…..
kejap takde...
9) ka wa n tu bkn mcm BANK...
Bila dah takde duit..,
pegi kat sana ambik...
10) lagi..... ka wa n tu mcm ape ye????
Haa... ka wa n tu mcm AWAK LA . . .
bila saya hantar msg,
a wa k akan baca msg saya dgn teliti sampai
habis.....dan tersenyum2...
Walau ape pun tanggapan org tentang ka wa n....
bagi saya, ka wa n tu penting.
Seorang ka wa n takkan biarkan ka wa n dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya.
Ka wa n yg sejati adalah seorang ka wa n yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.
Yang penting.., seorang ka wa n akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd ka wa n-ka wa nnya... :)
Sayanggggg awk...
jangan..jangan..jangan...
1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.
Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari hambanya juga.....
Tuesday, December 29, 2009
b.i.r.t.h.d.a.y
bermula semula...
Sunday, December 27, 2009
how much i love u
For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful baby
You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through through it all
You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me
You gave me wings and made me fly
You touched my hand I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love I had it all
I'm grateful for each day you gave me
Maybe I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because I was loved by you
You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me
You were always there for me
The tender wind that carried me
A light in the dark shining your love into my life
You've been my inspiration
Through the lies you were the truth
My world is a better place because of you ...
cousin day out..
miss them so much....
alhamdulillah
Thursday, December 10, 2009
binggung...!!!!
~oh student portal bukak la,
aku dah lama tggu nie,
lagi nak kasi seksa jiwa~
Wednesday, December 9, 2009
berkaitan kah?
renungan bersama 2 ~ hantaran al-quran
“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
“Apa benda nih” detik hati Nabil.
“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.
“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu.
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama.
Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah
senyum disisi suaminya, Nabil.~oleh itu renung2kan..utk ape kita membeli al-quran jika ia sekadar utk hiasan...muhasabah la diri kita~
racun dan penawar
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3 . Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
kisah kubur
1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam...
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya
Tuesday, December 8, 2009
tomorrow can be to late
if you love someone...
and the person didnt know not..
tell him or her...
maybe that person will love u..
and if u dont say..
tomorrow can be to late..
if u need a hug of a fren..
tell him or her to do it...
maybe tey need it more than u do..
and if u dont say it..
tomorrow maybe to late...
if u really have fren that u appreciated..
tell them..may be they will appreciated u too..
taht if u dont and they leave or go far away today...
tomorrow can be too late...
~tomorrow can be too late,do sumting today~
renungan bersama
Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
-Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......
-Tapi kalau Mak sudah tiada....... ...
-MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... .
-berapa ramai yang sanggup..... .. membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Friday, November 20, 2009
saya masih mampu berdiam
selama mana sya mampu berdiam
selama nie kamu mengpost eveything yg takpuas haty,
sy masih berdiam,
selamanie kalo sy berkata,
kamu mengatakan tidak...
sekarang kamu berkata pada org lain ,
yg kami berkata tidak pada semua kamu kata,
tak pe kami masih sabar...
siapa nak create rasa menyampah,
ape saja yg kami buat kamu complaint,
itu tak kena ini tak kena,
kami buat semua kerja yg kamu tak nak buat,
alasan kamu , kamu tak suka..
tak pe kami diam lagi,
kami tak nak pakse,
tapi kerana hal kecil kamu post sana post sini,
sape nak tahan,
kamu nak nampakkn kami yg bersalah 100%,
kamu yg paling betol,
tak pe kami sbar lagi,
kami still sabar,
kami tak kisah kamu gelar kami dgn mcm2 gelaran,
tapi kamu tau tak gelaran kamu tu, kami tak senang,
kamu tak tau kan,
bila kami buat salah ckit,
heboh satu kampung,
tak pe kami masih sabar lg,
kamu kata kami tak jga haty kamu,
kerana kami jaga la kami tak bercerita dgn org,
tapi kamu??? ad kamu jga aty kami????
kami masih diam dan masih bersabar....
kamu tunjukkn rasa tak puas haty kamu
pada org lain,
kami kata ape?? kami diam...
tapi sampai bila kami nak diam...
kenape ape yg kami lakukkan tak penah kamu suka...
kami tak penah nak menyusahkan kamu,
jika kamu rasa kami menyusahkan kamu,
kenapa kamu offer pertolongan kamu,
kenapa tak kata tidak jer...
kenapa bila berlaku mcm nie..
kamu mengungkit segalanyer...
memg kami jrg mengon9 kan diri...
tapi tak bermaksud kami tak tahu ape yg kamu tulis...
tapi ad kami nak tunjuk pada kamu...
tak kami diam jer...
tapi sampai bila kami nak diam
sampai bila kami nak sabar...
sejauh maner lagi...
jika tak suka katakn tak suka
jika benci katakan benci...
jika tak puas haty berterus terang...
jika kamu mampu lakukannyer
kami juga mampu lakukannyer...
kami takkn berdendam..
kami doakn yg terbaik utk kamu..
ape yg mampu kami ckp...
listen when people talk..
jika kamu tak dgr ape yg kami kata..
maka kami takkan dgr ape yg kamu kata..
it fair...
Friday, November 6, 2009
dunia hanya sementara
Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu ia bersabda:” Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara)”. Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata:”Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sehat engkausebelum datang masa sakit dan dari hidup engkau sebelum datang masa mati.
(al-Bukhari)
Uraian
1. Dunia adalah tempat untuk manusia beramal dalam sekian waktu yang ditentukan dan bukanlah tempat untuk bermukim, bersenang-senang sepanjang hayat karena kedudukan seseorang itu di dunia ini adalah seperti pedagang atau pengembara yang akan pulang ke kampung halaman tempat asalnya itulah alam akhirat yang kekal abadi.
2. Untuk itu, tiap-tiap amal ada waktunya di mana apabila luputnya waktu sesuatu amal belum tentu waktu itu akan berulang kembali. Oleh itu orang yang mengerti nilai waktu akan menyadari bahwa waktu itu sebenarnya adalah umurnya yang jika habisnya suatu detik waktu maka berkuranglah jangka hayatnya dan berkurang pula tempo amalnya. Selepas itu kekecewaan dan penyesalan tidak berguna lagi.
3. Oleh itu seseorang yang inginkan kebahagian yang kekal abadi hendaklah memelihara waktunya daripada terbuang dengan percuma atau sebelum tiba waktu yang menghalang seperti sibuk, sakit dan sebagainya.
menghidupkan malam
Dari Abdullah r.a katanya:”Diceritakan kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam sampai Subuh. Maka bersabda baginda Rasulullah SAW: “Orang itu telah dikencingi oleh syaitan di kedua-dua telinganya.”
(al-Bukhari)
Uraian
1. Melakukan solat akan menjadikan seseorang muslim bebas
serta aman dari gangguan syaitan.
2. Bangun untuk mengerjakan solat malam (tahajjud) adalah amalan yang sangat dituntut oleh Islam bahkan ia boleh menjadikan iman seseorang itu kuat bahkan menjadi benteng yang menangkis dari perbuatan khianat menimpa diri.
3. Islam menyarankan kita agar berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al-Quran dan berzikir kepada Allah sewaktu hendak tidur sehingga terlelap. Abu Hurairah meriwayatkan: "Siapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur, dirinya senantiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggal ke waktu pagi'.
(utusan email dari sahabat utk dikongsikan bersama)
jangan membangga diri
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.
Riwayat Muslim
Uraian
1. Islam menuntut umatnya beramal dengan sifat tawadduk dan hormat menghormati sesama Islam dengan demikian akan lahirlah sebuah masyarakat Islam yang harmoni.
2. Kedudukan orang Islam disisi Allah adalah sama saja tarafnya. Oleh sebab itu Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan hendaklah menjauhkan sifat-sifat keji seperti membesar diri, bermegah dan sebagainya.
3. Islam melarang umatnya bersifat bangga diri, karena mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi, tetapi hendaklah bersifat hormat menghormati antara satu sama lain dan jangan merendahkan orang lain, karena semulianya manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.
ibunda, kenapa engkau menangis?
email yang sgt bermakna untuk di kongsikan bersama...terima kasih i luv islam
Cerita ini dibuat hanya Sekedar Renungan dan bermuhasabah diri, Insya Allah dapat bermanfaat.
Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab, Ibu adalah seorang wanita, Nak". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."
Kemudian, anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis? Sepertinya Ibu menangis tanpa ada sebab yang jelas?"Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.
Lama kemudian, si anak itu tumbuh menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis.
Pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan."Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"Dalam mimpinya, Tuhan menjawab,"Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu harus cukup nyaman danlembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, danmengeluarkan bayi dari rahimnya, walau, seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.
Kuberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.
Pada wanita, Kuberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.
Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak-anaknya itu melukai perasaannya, melukai hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada
bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.
Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan
jantung agar tak terkoyak?Kuberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk
memberikan pengertian dan menyadarkan, bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang
diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.
Dan, akhirnya, Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkanperasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapanpun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".
Maka, dekatkanlah diri kita pada sang Ibu kalau beliau masih hidup
Saturday, October 31, 2009
a big thank to all of u
terima kasih yang tak terhingga pada kak fareha,farah waheeda n siti nur baiduri..kerana sudi datang membantu untuk majlis hari tue...sangat2 terharu especially baiduri sanggup datang dari segamat... thanx bai... u memg kotakan janji... good....
n farah thanx alot dear..nanty aku tolong tok kenduri abg ko lak k... hehehe...owh lupe next week jer kan... so c u there...
n to kak a...thanx sbb bersusah payah membantu...cukup terharu.. mak n ayah kita pun cakap jutaan terima kasih..jasa kalian amat ku kenang
Friday, October 30, 2009
akudisini
Bila perjalanan dah makan masa 30 min..perut tibe2 lapar…so singgah jap p burger king…”kasi angkat itu whopper satu” wakakaka…janji kenyang…sambil makan sambil la meneruskan perjalanan..
So 2 jam berikutnyer sampaila ke muar… tadi lalu gak Melaka..wow… teringat zaman kecik2 p zoo n others…cam nak pg lagi..but tgk la mcm maner kan..kalo dapat p bagus gak… abah n mak n abg nak p cari asam pedas sok…n mee bandung..yummy….mesti sedapkan…
so the journey continue esok...cannt wait
detik..detik..detik...
alhamdulillah dah lepas satu paper tapi susah jugak la…
ape2 pun kita dah buat yng terbaik maka kita serahkan pada yang maha Esa..
satu paper susah tak bermaksud ke semua paper akan susah..
moga2 paper yang akan menyusul seterusnya...
akan memudahkan segala perjalanan degree kita…
memg org ad kata kalo kita kata susah maka susahla paper tue tapi ape jadi kalo ia betol2 susah..huhahuha..
so kena tempuhinyer la jugak nak tak nak kan…
takkan nak belajar 24 jam tanpa di uji..
cam kelakar jer bunyi kan…wakakaka..
suasana baru, tempat belajar baru, kengkawan baru, kita kena la independent…
so result pun serba baru la…
so all the best untuk semua…
hari kami
Convo kami
Konvo kami yang berlangsung pada 25.10.09 sgt meriah…
walaupun jauh duduk bersama teman2 lain tapi kehangatan n kecuakkan amat la terasa… hari selepas ambik jubah kami decide pg tgkp gambar kat tasik shah alam…
sgt seronok… muka kerbahagian terserlah pd wajah kak fa….hehehe…
thanx kak fa for u support…wakakaka
Monday, October 26, 2009
coklat..coklat..coklat
Seperti yang dikatakan dalam tajuk..bergitula warna tema majlis menyambut tetamu dlm keluarga kami yang berlangsung pada:
Tempat: dewan serba guna Bandar utama
Masa: 12.30 tghhari samapi 4.30 ptg
Tarikh: 18.10.09
Majlis yang berlangsung erba sederhana tetapi meriah…Alhamdulillah setelah penat bersusah payah majlis yg dinanty kan berjalan lancer..tima kasih kepada semua sanak saudara, teman (kak fa, baiduri. Dekyah n farah) kerana sudi membantu… jutaan terima kasih kepada siti nur baiduri kerana sudi dating walaupun dari segamat… terima kasih banyak… sayang kamu..sungguh kamu mengotakan janji.. tetapi ad juga tema2 yg nka datang tapi tak dapat dtg..mgkn ad alasan tertentu… tak mengapa kerana ia tak mencacatkan majlis…
Penat juga baut majlis kahwin walaupun bukan dirumahs endiri… tapi sgt gembira sbb dapat jumpe teman2 lama dan juga jiran2 lama tempat ku membesar… sangat2 seronok..syukur sgalanyer telah selesai boleh la tumpukan pada benda lain pula pas nie…
indahnya sesuatu pernikahan
Alhamdulillah ucapan pertama yang mampu ku hulurkan di atas kelancaran majlis pernikahan mohd syazwan dan nurdiyana… penikahan yang serba ringkas tetapi cukup meriah..kedua dua mempelai melahirkan rasa penuh kesyukuran kerana majlis yang diimpikan selama ini berjalan dgn cukup lancer… dengan dekorasi bunga segar, mengindahkan lagi suasana majlis.. warna putih menjadi tema majlis yang serba suci nie.. penyatuan hati selama 6 tahun termenterai dgn sekali lafaz sahaja..
Perit jerit sepanjang pengenalan berakhir dgn suasana yang cukup sayu…haty siapa yang tidak tersentuh jika selama nie berkorban demi org tersayang.. biar pun onak dan badai melanda…yang cukup mengoyahkan haty dan perasaan.benar kata perpatah jika sudah jodoh tidak kemana.. untuk abg sulung ku…selamat pengantin baru.. dan utuk kak nurdiyana selamat dating ke keluarga kami…
Saturday, October 10, 2009
perangkap syaitan
Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.
Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut..
Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:
1. Melalui sifat bohong dan angkuh
Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.
2. Melalui sifat bakhil dan kedekut
Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.
3. Melalui sifat takbur dan bongkak
Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)
4. Sifat khianat
Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.
5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat
Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.
6. Melalui sifat hasad
Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).
7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain
Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).
8. Melalui sifat ujub atau bangga diri
Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
9. Melalui sifat suka berangan-angan
Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.
10. Melalui sifat buruk sangka
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)
10 peringatan bumi
Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.
Berkata Anas Bin Malik r. a;
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.
1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
perlu ker
sbnarnye haty nie kerap bertanye..
perlu ker nak update blog selalu..
kekedang tue tak ada idea nak ckp per...
nak luah ape..
huhuhu
takkan nak asik buat post yg yg mengutuk n mengata org
tak ke bosan ker?
kekadang tgk blog org lain
mcm2 idea dorg buat tapi
kekedang tue terselet la jugak post2 yg tak sepatutnye
minggu nie bermula la kesibukan tahap melampau....
mggu dpn dgn kendurinyer
penatla
tapi bersabar...
tak sabar nak menati cnvo..
nak jumpe member2 yg lain nie
hehehe
Sunday, September 27, 2009
satu dah selasai...lg 2 otw....
merupakan tarikh bersejarah dalam hidup kami sekeluarga..
apabile salah seorang dari ahli keluarga.....
menemui teman hidup atau teman sejati...
syukur alhamdulillah semuanye belaku dgn lancar..
angkat nikah juga hanya dgn sekali lafaz..
dapat la sy kakak ipar baru..
hahaha...mcm tak caya jer...
sungguh cepat proses nyer..
tup..tup dah ad kak ipar....
overall suasana sgt best cume sgt2 la panas cuacanyer...
then malam sebelum nikah di pahang
kami sekeluarga n saudara mara tido agak lambat...
so semua mengantok...tapi sedaya upaya menahan mata...
n menahan senyuman tok gambar...
then, malam itu gak la..sy selaku adik bongsu..
kena la tolong pakai kan inai tok bakal pengantin...
sabar jer la..mcm2 alasan dia bg...
"penatla, kenapa nak kena pakai inai, lambatla nak kering,
ngantok la, nak hisap rokok tak boleh, n mcm2 lagi"
aduh..pening pala melayan...
ikutkan jerla... bakal pengantin...
otw pg pahang (umah bakal kak ipar)
bakal pengantin yg bawa kereta..hahaha
tak ad sape nak drive sbb umah dia berpusing2..
lalu karak..then masuk felda chemomoi..
kami stop kat genting sepah...
from genting sepah to umah pengantin takes almost 2 hours..
so sgt2 pening...
tapi bile sampai debaran akad nikah...
bile dah selesai...
makan time...hahahha
bile makan serah pada sy...sedap giler kot...
ayam golek is the best hahaha