terima kasih yang tak terhingga pada kak fareha,farah waheeda n siti nur baiduri..kerana sudi datang membantu untuk majlis hari tue...sangat2 terharu especially baiduri sanggup datang dari segamat... thanx bai... u memg kotakan janji... good....
n farah thanx alot dear..nanty aku tolong tok kenduri abg ko lak k... hehehe...owh lupe next week jer kan... so c u there...
n to kak a...thanx sbb bersusah payah membantu...cukup terharu.. mak n ayah kita pun cakap jutaan terima kasih..jasa kalian amat ku kenang
Bersamaan 31october 2009..aku begerak dari shah alam..ke muar.. untuk menghadiri event petronas… sepanjang perjalanan sgt sibuk dgn kereta yang berduyun balik selatan di tambah pula dgn hujan yg teramatlah lebat…sgt2 mencabar… Bila perjalanan dah makan masa 30 min..perut tibe2 lapar…so singgah jap p burger king…”kasi angkat itu whopper satu” wakakaka…janji kenyang…sambil makan sambil la meneruskan perjalanan..
So 2 jam berikutnyer sampaila ke muar… tadi lalu gak Melaka..wow… teringat zaman kecik2 p zoo n others…cam nak pg lagi..but tgk la mcm maner kan..kalo dapat p bagus gak… abah n mak n abg nak p cari asam pedas sok…n mee bandung..yummy….mesti sedapkan…
Seperti ungkapan diatas..berdetiknye haty nie…menanty final exam.. alhamdulillah dah lepas satu paper tapi susah jugak la… ape2 pun kita dah buat yng terbaik maka kita serahkan pada yang maha Esa.. satu paper susah tak bermaksud ke semua paper akan susah.. moga2 paper yang akan menyusul seterusnya... akan memudahkan segala perjalanan degree kita… memg org ad kata kalo kita kata susah maka susahla paper tue tapi ape jadi kalo ia betol2 susah..huhahuha.. so kena tempuhinyer la jugak nak tak nak kan… takkan nak belajar 24 jam tanpa di uji.. cam kelakar jer bunyi kan…wakakaka.. suasana baru, tempat belajar baru, kengkawan baru, kita kena la independent… so result pun serba baru la… so all the best untuk semua…
Konvo kami yang berlangsung pada 25.10.09 sgt meriah… walaupun jauh duduk bersama teman2 lain tapi kehangatan n kecuakkan amat la terasa… hari selepas ambik jubah kami decide pg tgkp gambar kat tasik shah alam… sgt seronok… muka kerbahagian terserlah pd wajah kak fa….hehehe… thanx kak fa for u support…wakakaka
Seperti yang dikatakan dalam tajuk..bergitula warna tema majlis menyambut tetamu dlm keluarga kami yang berlangsung pada:
Tempat: dewan serba guna Bandar utama Masa: 12.30 tghhari samapi 4.30 ptg Tarikh: 18.10.09
Majlis yang berlangsung erba sederhana tetapi meriah…Alhamdulillah setelah penat bersusah payah majlis yg dinanty kan berjalan lancer..tima kasih kepada semua sanak saudara, teman (kak fa, baiduri. Dekyah n farah) kerana sudi membantu… jutaan terima kasih kepada siti nur baiduri kerana sudi dating walaupun dari segamat… terima kasih banyak… sayang kamu..sungguh kamu mengotakan janji.. tetapi ad juga tema2 yg nka datang tapi tak dapat dtg..mgkn ad alasan tertentu… tak mengapa kerana ia tak mencacatkan majlis…
Penat juga baut majlis kahwin walaupun bukan dirumahs endiri… tapi sgt gembira sbb dapat jumpe teman2 lama dan juga jiran2 lama tempat ku membesar… sangat2 seronok..syukur sgalanyer telah selesai boleh la tumpukan pada benda lain pula pas nie…
Alhamdulillah ucapan pertama yang mampu ku hulurkan di atas kelancaran majlis pernikahan mohd syazwan dan nurdiyana… penikahan yang serba ringkas tetapi cukup meriah..kedua dua mempelai melahirkan rasa penuh kesyukuran kerana majlis yang diimpikan selama ini berjalan dgn cukup lancer… dengan dekorasi bunga segar, mengindahkan lagi suasana majlis.. warna putih menjadi tema majlis yang serba suci nie.. penyatuan hati selama 6 tahun termenterai dgn sekali lafaz sahaja..
Perit jerit sepanjang pengenalan berakhir dgn suasana yang cukup sayu…haty siapa yang tidak tersentuh jika selama nie berkorban demi org tersayang.. biar pun onak dan badai melanda…yang cukup mengoyahkan haty dan perasaan.benar kata perpatah jika sudah jodoh tidak kemana.. untuk abg sulung ku…selamat pengantin baru.. dan utuk kak nurdiyana selamat dating ke keluarga kami…
ALLAH berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya. '' ( An-Nisa': 120-121).
Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.
Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut.. Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:
1. Melalui sifat bohong dan angkuh Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan. 2. Melalui sifat bakhil dan kedekut Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah. 3. Melalui sifat takbur dan bongkak Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23) 4. Sifat khianat Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya. 5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain. 6. Melalui sifat hasad Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).
7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim). 8. Melalui sifat ujub atau bangga diri Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal) 9. Melalui sifat suka berangan-angan Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya. 10. Melalui sifat buruk sangka Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)
Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.
Berkata Anas Bin Malik r. a;
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.
1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku
hehehe..mukadimah yang baik.. sbnarnye haty nie kerap bertanye.. perlu ker nak update blog selalu.. kekedang tue tak ada idea nak ckp per... nak luah ape.. huhuhu
takkan nak asik buat post yg yg mengutuk n mengata org tak ke bosan ker? kekadang tgk blog org lain mcm2 idea dorg buat tapi kekedang tue terselet la jugak post2 yg tak sepatutnye minggu nie bermula la kesibukan tahap melampau.... mggu dpn dgn kendurinyer penatla tapi bersabar...
tak sabar nak menati cnvo.. nak jumpe member2 yg lain nie hehehe