Thursday, July 30, 2009

the moment that been waiting for


within 24 hours starting now...
somebody in my family..
will get engage with the his/her love one...

is it me...?????
what a shock rite...
maybe...perhaps...of course..
any answer could be...

if im the person who engage...
im so sorie i did not tell to my friend...
is it me?
insya allah..

just wait n see this saturday...
can wait...
to feel the moment that be waiting for...
with the gift, the ring, the chocolate...
owh....cant wait...
i hope u can wait as i am...

if everything complete as we plan...
syukur alhamdulilah...
insya allah...
everything will be just fine....

janji...janji


janji...
satu kata atau perkataan yang mempunyai makna yang jelas..
kenapa perlu kita berjanji
jika kita tak mampu untuk turuti...

kenape mesti kita di beri pilihan untuk membuat janji..
jika hanya untuk menarik perhatian..
jika hanya untuk menyedapkan hati...

tapi kenape mesti janji itu...
untuk dimmungkiri...
untuk di sakiti...
untuk menyakiti hati orang lain...

janji boleh kah dibawa hingga mati...
janji boleh kah diketahui kebenarannyer..
atau janji sekadar nama dan kata...

mungkin orang yang suka mungkir janji..
lebih bijak mengatur strategy untuk menipu...
untuk memperdaya...

jangan percaya pada janji jika si penabur janji..
adalah insan yang penah menipu sebelum nie..
jika penah berkata2 dusta...
lupakan janji orang yang sedemikian...

tak ad gunanyer...
berpegang pada janji....
jika ia bemaksud untuk menyakiti.....

easy to say than to do

it is much easy to say than to do..
to say it just involve words..
but to do it involve mentally n physically...
it involve energy..mind control and so for...

it much easy to say than to do..
when it is time for crisis...
it much easy to say n to do..
when u ar happy and ur mind in good condition...

but...it is hard to do..
when u are felling sad...
angry...tension...stress...
and also lazy to do...

it much easy when its not what u ar facing for..
try to put ur self in their shoe..
then u may know...
how easy to say than to do...

written by', iliyana

Sunday, July 26, 2009

laluan kita kelak....


LALUAN MENUJU KE KUBUR
Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
*Hindarkan perasaan irihati ( benci )
*Jangan terpengaruh dengan harta dunia
*Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )

LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
*Bersihkan diri dgn bertaubat
*gembirakan hati orang mukmin
*Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
*Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala


LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
* Mengucap dua kalimah syahadah
* suka memberi Sedekah
* Berkata Benar
* Bersihkan dan perbaiki diri


LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dgn yang sedikit
* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah


LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
* Jauhkan perkataan sia-sia
*Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan khairat


LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala
* Berbaktilah pada ibu bapa
* Berpegang teguh pada hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram

LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
* membuat kebajikan seberapa yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* kerjakan segala suruhan allah
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk


LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
* kasihilah nabi Allah Taala
* kasihilah Rasullullah
* tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
* banyak selawat Nabi SAW


LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
*Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
* betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala
* Bencikan segala yang diharamkan Nya.

kecantikan vs keburukan.....

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH

renungkan lah....


forward dari email...salah seorg follower....tima kasih atas email anda...
meta name="ProgId" content="Word.Document">Untuk renungan bersama ......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggaldengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit..

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia kehospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatanlanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata
doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dah
Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wa nita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "

Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.
Kakak betul- betul bertaubat."

Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wa nita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wa nita Islam yangsengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah
bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,
syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

cerita nasihat...

sekadar ingin berkongsi email yang saya terima baru2 ini..mgkin ad iktibarnye... yg boleh kita ambil.....

Adalah seorang hamba ALLAH ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.

Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu
bunyi... Jeng!Jeng!Jeng!... bunyi....AAUUUMMMMM!!!!! Bunyi harimau yg
kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba ALLAH ni
pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba ALLAH ni.

Sebab dia dah lapar sangat ni.
Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba ALLAH ni punyalah
takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia
diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa ALLAH
diperlihatkan sebuah perigi di depan mata ya. Jadi untuk menyelamatkan
diri si hamba ALLAH ni pun terjunlah ke dalam perigi.


Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba ALLAH ni bergayut pada
tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah
perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba
ALLAH ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil
berdoa kepada ALLAH agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner
nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.


AAAAA!!!!... Ya ALLAH..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa
kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh
ditimpa tangga. lagilah takut si hamba ALLAH ni. Atas ada harimau bawah
ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan
keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi,
naik ke atas ikut tali yg hamba ALLAH tu bergayut.

Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus.
Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam.
Naik mengikut tali tadi, Cit!Cit! Cit!Cit! sampai kat atas.

Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku
nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu
tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...
Sedang hamba ALLAH tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya,
tetiba.... terdengar satu bunyi.... BZZZZZ BZZZZZ... bunyi lebah bawa madu.

Si hamba ALLAH ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu.
Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba
ALLAH ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba ALLAH tu kata,
"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya.


SUBHANALLAH sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba ALLAH tu
lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg
menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu , si hamba ALLAH itu adalah kita semua.
Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar
kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah Malaikat Munkar dan Nakir
yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut
tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah
umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.


Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang
sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu...,madu
yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.

Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada
harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada

ALLAH.
Waktu susah baru la nak ingat ALLAH.

ASTAGHFIRULLAH...



1 minit untuk mengingati Allah

Step 1:

Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:


*SUBHANALLAH
*ALHAMDULILLAH
*LAA I LAHA ILLALLAH
*ALLAHU AKBAR

*ASTAGHFIRULLAH

*LAA ILAH ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH

*ALLAHUMMA SALLY WA SALLIM WABAA-RIK A'LA SAYYIDINA MUHAMMAD
WA A'A-LIHI WA SAHBIHI AJMA-IIN


Step 2:

Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,perkataan demi

perkataan



kawal lidah anda

MENURUT Imam al-Ghazali dalam Ihya 'Ulum al-Din, akhlak tercela boleh timbul daripada dua nafsu syahwat (keinginan) iaitu nafsu makan dan nafsu seks dan juga daripada lidah, iaitu tutur kata.

Dengan itu, kita perlu mengawal ketiga-tiga umbi kejahatan terbabit supaya tidak menguasai diri.

Al-Ghazali menyenaraikan 20 kejahatan lidah, antaranya kata-kata kasar, kesat, lucah, berbohong, menyumpah, melaknat, mungkir janji, tuduhan palsu, suka berdebat dan mengumpat.

Di samping itu, bercakap mengenai perkara yang tidak berkaitan, sia-sia dan tidak berfaedah seperti bernyanyi dan sebagainya.

Kejahatan lidah ada yang besar dan ada yang kecil. Lidah yang jahat mempengaruhi jiwa seseorang, menyakiti dan memudaratkan orang lain dan juga diri sendiri. Contohnya, kata-kata kesat kepada ibu adalah haram dan berdosa besar.

Menurut al-Ghazali kejahatan lidah adalah punca utama membawa kecelakaan kepada seseorang sama ada di dunia atau di akhirat

15 pintu syaitan yg ad dlm diri kita

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita
-pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (enggan menghadiri majlis ilmu)
- suka berangan angan kosong
- tamak
- bakhil
- suka pada pujian
- riak atau sombong
- ujub (merasa kagum)/takbur
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- suka akan dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"


15 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i'laha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi


Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih dari kotoran
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan tidak berdusta
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

Thursday, July 16, 2009

memaafkan mampu mendamaikan JIWA

  • SIKAP memaafkan orang2 beriman adalah tulus kerana mereka tahu bahawa diuji di dunia ini, dan belajar daripada kesalahan mereka, mereka berlapang dada dan bersifat pengasih.
  • Lebih daripada itu, orang2 beriman juga mampu memaafkan walau sebenarnya mereka benar dan orang lain salah.
  • Ketika memaafkan, mereka tidak membezakan antara kesalahan besar dan kecil. seseorang dapat saja menyakitan mereka tanpa sengaja.
  • Akan tetapi, orang2 beriman tahu segala sesuatu terjadi menurut kehendak ALLAH, dan berjalan sesuai takdir tertentu, dan kerana itu, mereka berserah dir dengan peristiwa ini, tidak pernah terbelenggu oleh amarah....

konsep diri negatif


kajian pakar psikologi mendapati bahawa seseorang yang mempunyai konsep negetif
cenderung mengalami lebih banyak masalah emosi
berbanding dengan yang mempunyai konsep positif. antara masalah
emosi yang sering mereka alami seperti, risau, rasa gemuruh, tidak tenteram,
sedih, murung, cepat marah, naik angin, tidak bahagia,
rasa terpencil, sukar tidur dan sakit sendi.
mereka juga tidak suka kepada orang lain dan sering mencari
keburukan orang lain....

Wednesday, July 15, 2009

fening...n mate sudah ngantokla....

fening...fening...fening...banyak fening ini kepala...
hari sudah lewat..mata sudah ngantok...
sudah jam 103 am....
sudah fening tggu subjek register...
aah...tension nyer...
siang tadi pg PTAR on9 pun tak laeh bukak
subjek registeration... nie tggu smpai awl pg pun tara boleh bukak...
ayooo...kepala sudah fening la...
sok dah la kelas pack...
ahh...fening...huhuhu...
tabah kan haty....
insya allah...sgala di permudahkan-NYe...

"ya allah aku mohon pada mu, permudahkan la segala urusan ku ini"...

_amin_

Friday, July 10, 2009

solat rahsia awet muda


kita selalu melihat seseorang yang berbudi perkerti mulia dan beragama berseri2 wajahnya.
kenapa begitu sedangkan penampilan mereka serdahana sahaja?
ini kerana orang yang menjaga solat, dan melaksanakannya dengan sempurna,
jiwanya akan terasa tenang dan lapang sekali gus wajah mereka berseri.
inilah yang dikatakan solat itu rahsai awet muda tanpa melibatkan sebarang kos!
cukup dengan berwuduk dan solat yang sempurna ...hasilnya menakjubkan..
subhanallah......

sanggupkah anda?

mengapa kita sbgai manusia mesti ad perasaan benci....
perasan hasad dengki....
perasaan suke mengata org
mengumpat org...

benar...manusia itu sentiasa ad kekurungan nyer...
tapi jgn jadikn kekurangan itu sesuatu yg membanggakan
jangan jadikan kekurangan itu sbagai trademark diri kita..
kita telah diberikan akal dan fikiran yang cukup sempurna..
untuk mengubah diri kita..

dan jangan pula jadikan kecantikan yg ad pada diri..
sesuatu yang membangga kan..
kerana ia nya bersifat semantara...
dan jangan pula kita rasakan seseorg itu nampak baik..
tapi sebenarnye sebaliknya..

jika kita sudah menjangkau kesekian umur..
jadi bertindaklah seperti umur kita..
jangan lagi kebudak-budakan..
jangan lagi bermanje spti kanak2 yg berumur 12thun ke bwah...
hentikan la semua itu...

matang kan la fikiran...
matangkan la personality anda..
matangkan la pemikiran anda..
nape masih perlu berada di takok yg lama...
nape perlu semua itu...
jika kita masaih di tahap yg sama..
kelak org sekeliling akan jelak dan bosan dgn diri kita...

hentikan la umpatan dan mengata...
setiap ape yg diumpat dan dingatakan...
kelak semua akan terpalit pada diri sendiri...
memg bangga jika mengutuk org..
tapi percayala...bertapa bertambahnya la amalan kita pada
malaikat yang mencatat segala keburukan kita..

sanggupkah kita menjawab sgala pertanyaan ALLAH nanti
di hari penghitungan?
sanggupkah kita mengiayaan segala perbuatan kita....
sggupkah kita hidup dgn umpatan dan mengata orang..
jika ia mampu membuat anda famous atau popular dikalangan teman...
teruskan...tapi di hari penghitungan berjawabla semua pertanyaan..

hidup di dunia ini bertujuan untuk mengumpul pahala...
bukan untuk mengumpul dosa...
kepada teman yang ber3 itu...sedarla...
tidakkah kamu perasan semua yg kamu umpatkan itu sudah kembali pada diri kamu...

jika benar penyeksaan ini adalah ujian dari yg maha ESA..
maka aku terima dgn reda...
malah aku berbangga kerana....DIA sayang pada ku..
kerana itu dia memberi ujian kepadaku..
agar aku tidak lupa akan diri-NYA

kawan vs lawan

ok...
nie memg nak luahkan habis nie...
tak sgka ape yg ak dgr baru2 nie
btol2 menguji kesabaran...
kami b4 memg rapat..
tapi sbb hal kecik semua jd besar..
sb seseorg tue nk kita respect dia..

so ok fine...
respect..
tapi dia respect kita ker....
siap bukak conversion kutuk ak dlm tue..
bgus la...
aku tak lak buat cam tue
sbb aku respect dia...
name jer dah besar tapi hampeh!!!

nampak mcm angel la sgt...
perasan jer...
ak tak pun nak sakitkan aty dia..
sape2 dia jumpe semua nak canang cite ak ape hal..
tue nama nyer nak suh kite respect dai...
hell la...

ape lagi dia tak puas aty ngan aku pun tak tau..
rasanyer dah lama dah
tapi tak penah nk lupe ker..
tau lak bile susah cari aku...
tanye aku itu ini..
tapi mulut still tak benti kutuk aku...
angel la sgt..

dalam hal nie dia buat mcm aku yg slah...
dia yg btol...
semuala...
yg lagi 2 org nie pun sama..
aku ingat kami kawan...
rupenyer lawan....
bgusla..selamanie ape2hal aku rujuk korg..
rupenyer korg pun tikam belakang gak..
bile ingat balik cam sedih..

tak guna gak aku hormat korg kalo itu yg aku dapat...
ak tak penah nak kutuk gambar ko ngan pakwe ko..
asal lak aku yg kena kutuk..
ak nak tanye masalahnyer skrg..
aku pakai duit korg ker aku nk kuar maner2...
aku pakai camera korg ker?
yg korg nak kutuk2...

last2 ko gak yg lebih2 kan...
aku ingat ko la penyelamat,yg berlagak cam angel rupenyer...
tahla...
haty sakit rasanyer...
bile ingatkan kita nie penah berkawan..
tahla...rasanyer korg tak penah puas kot
tgk aku hapi...
korg nak bg aku sengsara....
tapi aku tak akan kalah ngan korg...

kutuk la aku sepuas2 nyer...
yg dapat dosa korg bukan ak...
tapi tahniah aku cakap kan...
ko dah buat aku tak rasa nak teruskan persahabatan dgn korg...
aku cuma ad kenangan indah ngan korg...
untuk kembali nagn korg balik tak mgkin...
cukupla aku berbaik ngan korg..
tapi ini balasan nyer...
aku halalkan semua nyer yg korg dapat dari aku...
tapi untuk jd best fren balik tak mgkn...
dulu korg la best fren aku..
tapin sekarang semua dah berubah..

dgn lahirnye post nie..aku dah tak nak discuss ape2 lagi..
malah nk ingat korg pun aku dah tak nak....
cukup la aku rasa sakit dgn ape yg korg buat...
au ingat korg yg bantu aku tapi ak silap...
silap dalam memilih kawan...
btw..thanx for the past friendship....

experience in UITM

hahaha...mula2 jer hari kami dah start sesat.. kelakar btol...
berpusing2 kat area uitm..
rupenyer kena parking kereta kat padang kawad...
kena naik bas..
kami memahamkan laluan2 bas tue..
mcm explorace la jugak...

then continue dgn pengalaman
nak cari PA kami susah btol...bilik tak jumpe..

KP kata kat level 6 bangunan ACC....
i dgn farah p la cari..
pusing punye pusing berkali2 tak jumpe gak..
agak tension la jugak..

then hubungi la senior...
dia kata kat tgkt 7..
so kami p la cari..
yg bestnyer kat pintu tue tak ad nama lect.
kami punye la cari name dia 1 tingkat 2..
tak jumpe...

dengan kecewa nyer kami pun balik la..
tghari tue lepas lunch kami dtg balik..
then baru la dapat jumpe...
time pusin2 tue la kami jumpe mcm2..
bgs gak sesat nie..
atleast leh tgk kelas kat maner..

balik terus penat...
ingatkan kami jer yang sesat..
upenyer ad housemate gak yg sesat..
jadi bahan gak la kami..
but everything ok...
betol kata org susah dulu senang kemudian...

start kelas..senang jer kami cari kelas..sbb dah sesat kan...
ad certain kelas yg kami tak tau..
kami tanya syida..
dia lagila tukang explore uitm tue..
sbb dia asik tak ad kelas..
so cam best la...ad org kita boleh rujuk kan...

classmate kami majority dari uitm cawangan..
mostly dari jengka n segamat...
at first semua agak dgn diri sendiri..
mcm2 tanggapan leh buat kan...
then lama2 kami ok la....
it takes time...

-so the journey continue-

Nite at new house...

everything had change.. in new house with new housemates... for one week everything ok..
we had fun all the time...we cook together... sbb tue la kami jarang makan kat luar..
rasa lagi best kalo masak sendiri... syida is the best cook...memg sedap la..
every day setiap org kena masak..ikut hari masing2.. memg seronok.. first time nak rasa kak fa masak.. hehehe...

dekyah, farah semua pandai masak.. memg kenyang la... last week kami ad buat steamboat.. a simple dish tapi amat mengenyangkan..time tue tak sempat nak masak yg lain2...sbb semua org kelas pack..so kena la masak yg simple...

yang bestnya masak sendiri nie boleh jimat.. kami makan dari pg sampai petang baru rm3.00..
ok kan.. kenyang la gak... boleh tukar selera kadang2 nasi, kadang2 mee n sumtimes tue bihun.. according to dekyah next week dia nak masak spagetti...fuh... tak sabar nie...

setiap malam ad je bahan nak digelakkan..kiranye hapi la jugak.. hehehe...memg setiap malam tak penah lekang tanpa ketawa..lebih2 lagi sebilik dgn kak fa n dekyah...hope everything will be ok...smpai kami habis nanti...

-to be continue-